Berkata Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad dalam kitab Nasoih Ad Diniyyah prihal Dzikir kepada Allah:
Keutamaan istighfar
Diantara jenis-jenis zikir yang mengandungi kebaikan dan keberkatan, dan menarik pahala dan ganjaran, ialah istighfar kepada Allah Ta’ala, dan Berselawat ke atas Nabi pilihan, serta berdoa.
Mengenai istighfar, Allah S.W.T. telah berfirman mengutarakan keutamaannya:
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ(33
“Dan tiadalah Tuhan akan menyiksa mereka, sedang engkau berada di antara mereka. Dan tiadalah Tuhan hendak menyiksa mereka, selama mereka beristighfar (memohon ampun}.” (AI-Anfal: 33)
FirmanNya lagi:
وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى (هود :3
“Dan mohonkanlah keampunan kepada Tuhan kamu, dan kembalilah kepadaNya, niscaya Dia akan mengurniakan Pemberian yang baik kepada kamu hingga ke waktu yang ditentukan.” (Hud: 3)
Berfirman Allah Ta’ala lagi : pada memberitakan tentang NabiNya, Nuh ‘alaihis-salam:
فقلت استغفروا ربكم إنه كان غفارا (10) يرسل السماء عليكم مدرارا (11) ويمدد كم بأموال وبنين ويجعل لكم جنت ويجعل لكم أنهرا (4) (نور : 10-12
“Kukatakankepada mereka: Mohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Akan dikirimkan kepada kamu awan yang menurunkan hujan. Ditambahkan bagi kamu harta kekayaan, anak-pinak, dan dijadikan bagi kamu taman-taman dan sungai-sungai.” (Nuh: 10-12)
FirmanNya lagi:
وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا (النساء : 110
“Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, niscaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun Maha Pengasihani.” (An-Nisa’: 110)
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
من لزم الاستغفار، جعل الله له من كل هم فرجا، ومن كل ضيق مخرجا، ورزقه من حيث لا يحتسب
“Siapa yang membiasakan dirinya beristigfar, niscaya Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan akan melepaskannya dari segala kesukaran, dan akan memberinya rezeki tanpa dapat dikira.”
Sabdanya lagi:
طوبى لمن وجد في صحيفته استغفارا كثيرا
“Berbahagialah orang yang mencatat istighfar yang banyak di dalam buku catatannya.”
Sabdanya lagi:
من قال أستغفر الله في كل يوم سبعين مرة، عفر الله له سبعمائة ذنب، وقد خاب عبد أو أمة بذنب في كل يوم وليلة اكثر من سبعمائة ذنب
“Siapa yang mengucapkan Astaghfirullah setiap hari tujuh puluh kali, niscaya Allah akan menghapuskan dari padanya sebanyak tujuh ratus dosa. Alangkah kecewanya lelaki atau perempuan yang membuat dosa pada sehari semalam lebih banyak dan tujuh ratus dosa.”
Sabdanya lagi:
والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة
“Demi Allah, aku sentiasa beristighfar kepada Allah dan bentaubat kepadaNya pada setiap hari lebih dari tujuh puluh kali.”
Sabdanya lagi:
ألا أخبركم بدائكم ودوائكم. ألا إن داءكم الذنوب، ودواءكم الاستغفار
“Mahukah kamu, aku beritahukan tentang penyakit kamu dan penawarnya? Ingatlah, bahwasanya penyakit kamu itu ialah dosa, dan penawarnya ialah istighfar (memohon keampunan kepada Allah Ta’ala).”
Sabdanya Lagi:
قال إبليس : وعزتك وجلالك، يارب لا أبرح أغوي عبادك مادامت أرواحهم في أجسادهم. فقال الله : وعزتي وجلالي لا برحت أغفر لهم ما استغفروني
Berkata syaitan: “Demi kemuliaan dan kebesaran Engkau, wahai Tuhan! Aku tidak akan berhenti sejenak pun dari menggoda hamban hambaMu, selagi nyawa mereka dikandung badan. Berfirman Allah Ta’ala: Demi kemuliaan dan kebesaranKu, Aku akan terus mengampuni mereka selagi: mereka memohon ampun kepadaKu.”
Berkata Abdullah bin Umar r.a.: Kami pernah mengirakan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam suatu majlis sebanyak seratus kali dari ucapan:
رب اغفرلي وتب علي، إنك أنت التواب الرحيم
“Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi taubat, Maha Pengasihan.”
Oleh itu, hendaklah anda memperbanyak ucapan zikir yang diberkati ini, sebagaimana yang dipandang mulia oleh baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri. Moga-moga Allah mendorongmu kepadanya dan merahmatimu.
Ada suatu berita yang sampai kepada kami, bahwasanya ada seorang saleh telah bermimpi berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah, sesudah wafatnya, maka beliau telah Berkata kepada orang saleh itu, bahwa Allah Ta’ala telah memberikannya manfaat yang banyak dari beberapa kalimat (zikir) yang didengarnya dari Sufyan As-Tsauri rahimahullah, iaitu:
اللهم يارب كل شيئ، بقدرتك على كل شيئ، اغفرلي كل شيء، ولا تسألني عن شيء
“Allaahumma Ya Rabba Kulli Syai, Bi Qudratika ‘Alaa Kulli Syai, Ighfirlii Kulla Syai, Walaa Tas-alni ‘An Syai. (Ya Allah! Ya Tuhanku !Tuhannya segala sesuatu, dengan kudratMu atas segala sesuatu, ampunilah aku dari segala sesuatu, dan janganlah menanyakanku dari segala sesuatu.”
Terhadap zikir ini juga, hendaklah anda memperbanyak ucapannya. Tersebut di dalam suatu atsar seruan ini: Siapa yang beristighfar untuk kaum Mu’minin dan Mu’minat setiap hari dua puluh tujuh kali, niscaya ia terhitung di antara hamba-hamba Allah yang dengan sebabnya, semua makhluk akan mendapat rahmat dari Allah Ta’ala, dengan sebabnya juga mereka akan dituruni hujan dan diberi rezeki.
Inilah yang dikatakan sifat-sifat Wali Abdaal yaitu orang-orang yang dimuliakan Allah Ta’ala dari para hambaNya yang saleh.