Berkata Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad dalam kitab Nasoih Ad Diniyyah prihal fadhilah berdoa:
Keutamaan do’a dan adabnya
Adapun doa, maka Allah SWT telah memerintahkan kepada kita untuk memohon kepadaNya, sesuai dengan firmanNya yang mulia:
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ(55)وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَةَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ(56) (الأعراف : 55-56)
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan suara perlahan-Iahan, sesungguhnya Dia (Allah) tiada suka kepada orang-orang yang melanggar batas. Janganlah kamu membuat bencana di muka bumi, sesudah diadakan perbaikan, dan bermohonlah kepada Tuhan kamu dengan perasaan takut dan penuh harapan, sesungguhnya rahmat Tuhan itu dekat kepada orang-orang yang berbuat kebajikan.” (AI-A’raf: 55-56)
FirmanNya yang lain:
وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا( الأعراف :180
“Bagi Tuhan nama-namaNya yang baik, maka bermohonlah kepadaNya dengan nama-nama itu.” (AI-A’raf: 180)
FirmanNya lagi:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ( غافر : 60
“Dan Tuhan kamu telah berfirman: Mohonlah kepadaKu, niscaya Aku memperkenankan permohonan kamu.” (AI-Mu’min: 60)
FirmanNya lagi:
هُوَ الْحَيُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (غافر : 65
“Dia (Tuhan) itu Hidup, tiada Tuhan melainkan Dia, sebab itu sembahlah Dia dalam keadaan tulus-ikhlas beragama kepadaNya semata-mata. Segala pujian untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (AI-Mu’min: 65)
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
الدعاء هو الحي العبادة
“Doa itu ialah ibadat.”
Sabdanya lagi:
الدعاء سلاح المؤمن، وعماد الدين، ونور السموات والأرض
“Doa itu ialah senjata orang Mu’min, asas bina bagi agama, dan cahaya pelita langit dan bumi.”
Sabdanya lagi:
لا يرد القضاء إلا الدعاء، ولا يزيد في العمر إلا البر
‘Tiada yang boleh mengubah qadha’ Tuhan, kecuali dengan berdoa, dan tiada yang boleh menambah umur, kecuali dengan beramal kebajikan.”
Sabdanya lagi:
الدعاء مخ العبادة
“Doa itu intinya segala ibadat.”
Sabdanya lagi:
لايهلك مع الدعاء أحد . الدعاء ينفع مما نزل ومما لم ينزل
“Tiada seseorang yang akan binasa sesudah berdoa. Dan doa itu berguna terhadap sesuatu bencana yang sudah turun, dan yang belum turun.”
Sabdanya lagi:
أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة . واعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه
“Berdoalah kepada Allah sedang kamu meyakini pengabulannya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah tidak akan menerima doa dari seorang yang lalai dan lena.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri senantiasa berpesan untuk kita berdoa dengan bersungguh-sungguh. Dan janganlah sekali-kali seorang hamba memohon: Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah aku kiranya Engkau suka. Tetapi hendaklah ia benazam kuat dalam permohonan itu, membesarkan kemahuan, memohon berkali-kali seraya hati meyakini dirinya bahwa ia akan dikabulkan. Hendaklah hatinya hadir ketika ia berdoa kepada Tuhan, bimbang kalau-kalau Tuhan tiada menerima doa itu disebabkan lalai ataupun cuai dalam mendirikan hak Tuhan, di samping itu hendaklah mengharapkan sepenuh harapan agar doanya itu terkabul, dan segala cita-citanya tercapai disebabkan sifat Pemurah dan Benar janji Allah Ta’ala itu.
Ada sebuah riwayat yang menyebut:
أن الله حيي كريم، يستحي من العبد إذا رفع إليه يديه أن يردهما فارغين
“Bahwasanya Allah Ta’ala itu Pemalu, Pemurah, merasa malu untuk menolak permohonan hambaNya, apabila ia mengangkat kedua belah tangannya memohon sesuatu.”
Dalam riwayat yang lain pula tersebut :
أنه لا يدعو الله داع، إلا استجاب له، فإما أن يعجل له ما سأل، وإما أن يدفع عنه من اللاء أعظم من ذلك، وإما أن يدخر له في الآخرة ما هو أفضل وأكمل
“Bahwasanya tiada seorang yang memohon Allah Ta’ala, melainkan dikabulkanNya, sama ada Dia menyegerakan Pemberian apa yang dipohon, ataupun Dia menolak dan padanya sesuatu bencana yang lebih besar dari apa yang dipohonnya itu, ataupun Dia menyimpan untuknya sehingga boleh diserahkanNya di Hari Akhirat kelak sesuatu yang lebih utama dan lebih sempurna dari apa yang dipohonnya di dunia dahulu.”
Lantaran itu, wajarlah bagi setiap hamba untuk selalu berdoa kepada Allah, sentiasa memohonNya ketika pada masa senang atau susah, kaya atau miskin. Jangan sekali-kali ia merasakan terlalu lambat datangnya pengabulan doa itu, ataupun ia sampai berputus asa, kerana dalam hal ini mungkin ada rahasianya, atau ada baiknya yang kita tidak tahu sebab terlambatnya pengabulan doa itu. Mungkin padanya tersembunyi beberapa kebaikan dan manfaat yang tiada kita mengetahuinya, maka sebab itu ada lebih baik ia terus berdoa dan menyerahkan perkaranya kepada Allah SWT semata-mata.
Di dalam memohon berbagai-bagai dari Allah SWT maka janganlah terlupa memohon belas-kasihan, kurnia afiat dan kesudahan yang baik dari padaNya juga. Mintalah apa saja yang dikehendaki dari Allah Ta’ala, sama ada yang berhubungan dengan urusan Akhirat mahupun dunia, asalkan ia terkategori di dalam perkara yang diridhai Allah. Mintalah sesuatu yang besar ataupun yang kecil, asalkan syarat yang tersebut tadi terliput.
Orang yang berdoa itu harus memelihara diri dari makanan yang haram, kerana yang demikian itu adalah salah satu syarat yang terpenting bagi pengabulan doa, sesuai dengan bunyi sebuah Hadis yang sahih:
ثم ذكر الرجل يطيل السفر، أشعث أغبر، يمد يديه إلى السماء : يارب! يارب! ومطعمه حرام، وملبسه حرام، وغذي بالحرام، فأنى يستجاب لذلك
“Kemudian Rasulullah menyebutkan pula tentang seorang lelaki yang belayar jauh, rambutnya kusut, berdebu mengangkat kedua belah tapak tangannya ke arah langit bermohon: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Manakala makanannya dari yang haram, dan minumannya dari yang haram, serta pakaiannya pun dari yang haram, manakala perutnya pula telah diasak dengan makanan yang haram. Bagaimana doanya akan dikabulkan Allah Ta’ala?”
Demikian maksud dari sebuah Hadis. Berkata setengah para salaf: Doa itu laksana kunci, dan anak, kuncinya ialah makanan-makanan yang halal. Hendaklah setiap Mu’min melazimkan diri berdoa pada semua waktu, sama ada di waktu susah mahupun di waktu senang-senang, sesuai dengan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
تعرف إلى الله في الرخاء، يعرفك في الشدة
“Jika anda mengenal Tuhan pada waktu senang, niscaya Dia akan mengenal anda pada waktu susah.”
Sabdanya lagi:
من سره أن يستجيب الله له عند الله له عند الشدائد والكرب، فليكثر من الدعاء في حالة الرخاء
“Sesiapa yang ingin agar Tuhan mengabulkan permohonannya pada waktu susah dan sempit, maka hendaklah ia memperbanyak doa pada waktu senang-senang.”
Kesimpulannya, bahwa doa atau bermohon kepada Allah Ta’ala itu adalah di antara nikmat yang amat besar yang pernah dikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya, ketika Dia memerintahkan atau memesan kita supaya berdoa. Malah Allah SWT akan murka terhadap hambaNya yang tiada mahu memohon sesuatu dari padaNya, sesuai dengan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
من لم يسأل الله يغضب عليه
“Siapa yang tiada meminta sesuatu dari Tuhan, niscaya Dia akan murka terhadapnya.”
Sebagaimana perlu seseorang itu memohon sesuatu yang baik dan yang selamat dari kejahatan bagi dirinya, maka perlu pula ia menahan yang sama bagi kedua ibu bapanya, sekalian orang yang dicintainya, dan seumumnya kaum Muslimin.
Awas, jangan sekali-kali memohon sesuatu yang tidak baik ke atas diri sendiri, atau ke atas anak-anak sendiri, atau ke atas harta benda, atau ke atas sesiapa pun dan hamba-hamba Allah. Andai kata ia dizalimi oleh seseorang, maka hendaklah ia menyerahkan perkara itu kepada Allah Ta’ala serta ridha dengan pembelaan Allah terhadap dirinya, sesuai dengan bunyi sebuah Hadis:
من داعا على من ظلمه فقد انتصر
“Sesiapa yang doakan atas orang yang menzaliminya, maka ia telah membela dirinya sendiri.”
Sebenarnya tiada guna memohon sesuatu yang tidak baik ke atas orang zalim atau yang seumpamanya. Malah sebaliknya hendaklah ia memohon bagi orang itu sesuatu yang baik baginya dari pada yang tidak baik, kerana yang demikian itu adalah sifat hamba-hamba Allah yang pengasih.
Doa-doa yang utama
Diriwayatkan dan Siti Aisyah R.A. bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam suka memilih doa-doa yang lengkap padat (yang menghimpun perkara-perkara penting mengenai urusan dunia dan Akhirat) dan meninggalkan selainnya. Di antara doa-doa Nabi yang padat itu ialah:
اللهم أحسن عاقبتنا في الأمور كلها، وأجرنا من خزي الدنيا، وعذاب الأخرة
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku memohon keselamatan di dunia dan di Akhirat.” Ya Allah! Ya Tuhanku! Jadikanlah semua perkara kami berakhir dengan baik, dan selamatkanlah kami dari menerima malu di dunia dan mendapat azab di Akhirat.”
اللهم ارزقني طيبا، واستعملني صالحا
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Beriikanlah kami rezeki yang baik (halal) dan jadikanlah kami seorang saleh (baik amalan).”
اللهم ألهمني رشدي . وأعذني من شر نفسي
“Ya Allah! Tunjukilah aku ke jalan keridhaanMu, dan lindungilah aku dari kejahatan diri sendiri. “
اللهم إني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku memohon petunjuk, taqwa, kesucian diri, dan bergantung pada diri sendiri.”
اللهم كما حسنت خلقي، فحسن خلقي
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Sebagaimana Engkau telah perelok kejadianku, maka pereloklah kelakuanku.”
اللهم اجعل سريرتي خيرا من علانيتي واجعل علانيتى صالحة
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Jadikanlah batinku lebih baik dari lahirku, dan jadikanlah lahirku menuju kepada amalan yang saleh.”
اللهم إني أسألك علما نافعان، وأسألك رزقا طيبا، وأسألك عملا متقبلا
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon ilmu yang berguna. Aku memohon rezeki yang baik. Dan aku memohon amalan yang dikabulkan.”
اللهم اجعل خير عمري آخره، وخير عملي خواتمه، وخير أيامي يوم لقائك
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada kesudahan hayatku, dan jadikanlah sebaik-baik amalanku pada penutupnya, dan jadikanlah sebaik-baik hariku hari aku bertemu denganMu (sesudah mati).”
اللهم أرني ألحق حقا وارزقني اتباعه، وأرني الباطل باطلا وارزقني اجتنابه
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Tunjukilah aku kebenaran itu sebagai Benar, dan pimpinIah aku ke arahnya. Dan tunjukilah aku kebatilan itu sebagai batil, dan jauhilah aku dari padanya.”
اللهم استر عوراتنا، وآمن روعاتنا
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Tutupilah segala keaiban kami, serta tenteramkanlah kami dari segala ketakutan.”
اللهم ربنا آتنا في الدنيا حسنة، وفي الآخرة حسنة، وقنا عذاب النار
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Kurniakanlah kami kebajikan di dunia, dan kebajikan di Akhirat, dan lindungilah kami dari siksa api neraka.”
Sayogyanya bagi seorang yang berdoa, memuliakan doanya dengan memuji Tuhan dan mengucap syukur terhadap segala nikmatNya. Sesudah itu ia bersholawat dan bersalam terhadap junjungan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam beserta keluarganya. Ketika menutup doa pun dibuat serupa itu juga, serta diakhiri dengan sebutan Amin. Hendaklah ia memperbanyak meminta keselamatan di dunia dan Akhirat. Demikianlah yang dianjurkan oleh Hadis berikut:
أنه ما سئل الله شيئا أحب إليه من أن يسأل العافية في الدنيا والآخرة
”Tiada sesuatu permintaan yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala dari pada seorang yang meminta keselamatan di dunia dan Akhirat.”
Sebenarnya doa ini adalah doa yang paling lengkap dan utama. Hanya Allah sajalah yang boleh memberi taufiq dan hidayatNya kepada sekalian manusia.
Sesudah itu terdapat juga selain doa dan zikir yang dipetik dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ada yang terikat dengan masa-masa yang tertentu, dan ada yang tidak, yang mana boleh saja dibaca atau dipohon pada bila-bila masa. Doa dan zikir itu ada banyak, semuanya telah diatur dan disusun oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk umatnya. Baginda menganjurkan umatnya supaya memelihara doa dan zikir itu, agar mereka terdorong kepada kebajikan, dan terselamat dari kejahatan dan terlindung dari berbagai-bagai bencana yang berlaku pada setiap masa dan keadaan. Maka barang siapa yang melazimkan diri dengan doa dan zikir itu, niscaya ia akan terselamat dan terpelihara, menang dan bahagia. Tetapi barang siapa yang mencuaikannya dan membelakangkannya, lalu ditimpa sesuatu bencana atau kecelakaan, maka janganlah ia menyalahkan selain diri sendiri, dan tiadalah Tuhanmu itu bersikap zalim terhadap hamba-hambaNya.
Imam Nawawi rahimahullah telah mengumpulkan doa dan zikir itu di dalam sebuah buku yang dibeni judul Kitab Al-Adzkar (Kumpulan zikir), di mana terkumpul di dalamnya kebanyakan doa dan zikir Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam Imam Nawawi juga telah membuat komentar dan penerangan, menambah dengan hukum-hukum yang penting, serta faedah-faedah yang menarik hati dan melapangkan dada di dalam buku itu. Mudah-mudahan Allah Ta’ala membalas usahanya itu, dan menyediakan baginya pahala yang besar.
Sedang pengarang buku ‘lddatul-hishnil-hashiin memetik sebahagian dari pada doa-doa dan zikir itu ‘untuk diisikan di dalam bukunya, moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Saya juga telah memetik sebahagian dari doa dan zikir itu untuk rakan dan teman, agar diamalkan sebagai zikir pagi dan petang.
Allah Berkata yang Benar, dan Dia memimpin ke jalan yang lurus.