Berkata Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad dalam kitab Nasoih Ad Diniyyah prihal Dzikir kepada Allah:
Perihal Dzikir dan Doa
Ketahuilah, wahai saudara-saudara sekalian, moga-moga Allah menggolongkan kami dan kamu sekalian ke dalam golongan orang orang yang banyak berzikir kepadaNya, orang-orang yang tiada dilalaikan oleh harta benda dan anak-pinak dari berzikir kepadaNya. Bahwasanya berzikir kepada Allah Ta’ala itu dikira perkara mulia dan amat besar, ibadat yang paling utama dan jalan mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.
Allah Ta’ala telah berfirman:
فاذكروني أذكركم واشكروا لى ولا تكفرون (البقرة : 152
“Maka berzikirlah (ingatlah) kamu kepadaKu, niscaya Aku akan mengingati kamu sekalian, dan bensyukurlah kepadaKu dan janganlah mengkufuriKu.”
(Al-Baqarah: 152)
Firman Allah Ta’ala:
يايها الذين ءامنوا اذكروا الله ذكرا كثيرا (41) وسبحوه بكرة وأصيلا(42)(الأحزاب :41-42
‘Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (ingatlah) kepada Allah sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepadaNya setiap pagi dan petang. “
(AI-Ahzab: 41-42)
FirmanNya lagi:
واذكر ربك في نفسك تضرعا وخيفة ودون الجهر من القول بالغدو والأصال ولا تكن من الغفلين (205) (الأعراف : 205
“Berzikirlah pada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut, dan bukan dengan suara keras di waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau sampai dikira orang-orang yang lalai.” (AI-A’raf: 205)
FirmanNya lagi:
الذين ءامنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله الا بذكر الله تطمئن القلوب (28) (الرعد: 28
“Orang-orang yang beriman itu, hati mereka menjadi tenteram kerana benzikir (mengingati) kepada Tuhan, ingatlah bahwa dengan berzikir kepada Tuhan, hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’ad: 28)
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
قال الله تعالى : أنا عند ظن عبدي بي، وأنا معه حين يذكرني. فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي، وإن ذكرني في ملأ ذكرته في ملأ خير منه، وإن تقرب إلي شبرا، تقربت إليه ذراعا، وإن تقرب إلي ذراعا. تقربت إليه باعا، وإن أتاني يمشي، أتيته هرولة.
“Berfirman Allah Ta’ala: “Aku di tentang sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku sentiasa bersamanya ketika ia mengingatiKu. Jika ia mengingatiKu dalam dirinya (hatinya), niscaya Aku mengingatinya dalam ZatKu. Jika ia mengingatiKu dalam kumpulan orang ramai, niscaya Aku akan mengingatinya dalam kumpulan yang lebih baik dari itu. Jika ia mendekatkan dirinya kepadaKu sejengkal, niscaya Aku akan mendekatkan ZatKu kepadanya sehasta. Jika ta mendekatkan dirinya kepadaKu sehasta, niscaya Aku akan mendekatkan ZatKu kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu berjalan kaki, niscaya Aku akan datang kepadanya berlari.”
Sabdanya Lagi:
ألا أنبئكم بخير أعمالكم، ازكاها عند مليككم، وأرفعها في درجاتكم، وخير لكم من إنفاق الذهب والورق، ومن أن تلقوا عدوكم فيضربوا أعناقكم، وتضربوا أعناقهم ؟ قالوا بلى. قال : ذكر الله.
“Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sebaik-baik amalanmu dan sebersih-bersihnya di sisi Tuhanmu, dan setinggi-tingginya darjat, yang mana ia lebih baik dari pada membelanjakan emas dan perak, dan lebih utama daripada kamu bertempur dengan musuh kamu, lalu mereka memenggal leher kamu dan kamu memenggal leher mereka? Para sahabat menjawab: Tentu mahu. Ujar baginda: Berzikir kepada Allah. “
Sabdanya lagi:
ما عمل ابن آدم عملا أنجى له من عذاب الله من ذكر الله
“Tiada suatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam yang boleh menyelamatkannya dari siksa Allah, selain dari berzikir kepada Allah.”
Sabdanya lagi:
لذكر الله بالغداة والعشي أفضل من حطم السيوف في سبيل الله تعالى، ومن إعطاء المال سحا
“Adalah berzikir kepada Allah pada waktu pagi dan petang itu lebih utama dari pada bertarung pedang di jalan Allah, dan daripada membelanjakan harta kekayaan dengan murah hati.”
Sabdanya lagi:
مثل الذي يذكر الله والذي لا يذكره مثل الحي والميت، ومثل الشجرة الخضراء بين الشجر اليابس. وذاكر الله في الغافلين كالمقاتل بين الفارين
“Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tiada berzikir kepadaNya, seumpama orang yang hidup dan orang yang mati, ataupun seumpama pohon yang berdaun hijau dengan pohon yang kering tiada berdaun. Dan orang berzikir kepada Allah di tengah-tengah orang yang lalai, seperti orang yang berperang di tengah-tengah orang yang lari dari medan perang.”
Jika hendak dihitung tentang keutamaan berzikir kepada Allah Ta’ala, sebagaimana yang Diberitakan oleh ayat-ayat AI-Quran dan Hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentu akan panjang bicara kita, dan tidak akan boleh habis dibicarakan.