Berkata Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad dalam kitab Nasoih Ad Diniyyah prihal berbakti kepada kedua orang tua:
Berbakti kepada kedua ibu bapak dan memperhubung silatur-rahim
Ketahuilah, wahai saudara-saudara sekalian, moga-moga Allah menggolongkan kita sekalian di antara hamba-hambaNya yang berbakti dengan yang baik, dan yang menunaikan segala hak-hak Allah Ta’ala, serta hak-hak sekalian hamba-hambaNya semata-mata kerana mengharapkan keridhaanNya, bahwasanya berbakti kepada kedua ibu bapa serta memperhubung silaturrahim (tali persaudaraan), menunaikan hak-hak keluarga serumah tangga, anak-isteri, hamba abdi (atau tukang gaji), bersikap mulia terhadap jiran-tetangga, kawan rakan, dan sekalian kaum Muslimin; semua itu adalah di antara tugas yang diperintah oleh Allah Ta’ala, digesa dan digalakkan, dituntut dan dianjurkan. Sebaliknya Allah Ta’ala pula telah mencegah jika diabai dan dilalaikan semua sifat-sifat tadi, serta mengancam orangorang yang mensia-siakannya atau membelakanginya.
Pertama-tama dengan kedua ibu bapa, maka Allah Ta’ala telah memerintahkan kita untuk berbakti dan berbuat baik kepada keduanya, melarang kita dari mendurhakainya dengan sekeras-keras larangan dan mengingatkan kita dengan kemuncak peringatan iaitu sebagaimana yang difirmankan di dalam KitabNya yang suci, dan menerusi lisan NabiNya yang mulia:
وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا(23)وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّي ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا(24
(الإسراء : 23-24)
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tiada menyembah selain dari padaNya, dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sekali telah mencapai umur tua, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’, dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanya dengan belas-kasihan, dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih-sayang sejak masa aku kecil. ” (AI-Isra’: 23-24)
FirmanNya lagi:
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ (لقمان :14
“Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan menceraikannya dari menyusu sesudah dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu! KepadaKu tempat kembali.” (Luqman: 14)
Cuba kamu perhatikan, saudara-saudara sekalian, moga-moga Allah merahmati kamu, betapa Allah Ta’ala telah mengiringkan perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa dengan perintah mengesakanNya dan beribadat kepadaNya, dan betapa pula Dia telah mengiringkan suruhan supaya bersyukur kepada keduanya dengan suruhan bersyukur kepada ZatNya sendiri.
FirmanNya lagi:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا (النساء :36
“Dan sembahlah Allah, dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa pun, dan kepada kedua ibu bapa hendaklah kamu berbuat baik.” (An-Nisa: 36)
FirmanNya lagi:
ووصينا الإنسن بولديه إحسنا حملته أمه كرها ووضعته كرها (الأحقاف :15
“Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapaknya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah-payah dan melahirkannya juga dengan menanggung susah-payah.” (AI-Ahqaf: 15)
Demikianlah ayat ini sehingga akhirnya, dan diikuti dengan ayatayat yang sesudahnya.
Berkata Abdullah bin Mas’ud r.a.:
سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم : أي الأعمال أحب إلى الله ؟ فقال : الصلاة لوقتها . قلت : ثم أي ؟ قال : بر الوالدين . قلت : ثم أي ؟ قال : الجهاد في سبيل الله
“Saya Pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kataku: Amalan yang mana satu yang lebih dicintai Allah? Jawab baginda: Sembahyang pada waktunya. Tanyaku lagi: Sesudah itu apa pula? Jawab baginda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Tanyaku lagi: Sesudah itu apa lagi? Jawab baginda seterusnya: Berjihad (berjuang) fi sabilillah.”
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pula:
رضا الله في رضا الولدين , وشخطه في سخط الوالدين
“Keridhaan Allah bergantung kepada ridha kedua ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya. “
Sabdanya lagi:
ثلاث لاينفع معهن عمل : الإشراك بالله، وعقوق الوالدين، والفراريوم الزحف
“Tiga perkara tidak ada guna amalan bersamanya, yaitu: Mensyirikkan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan pertempuran.”
Sabdanya lagi:
“Dosa yang paling besar ialah tiga: Mensyirikkan Allah, menderhakai kedua ibu bapa dan bersaksi dusta.”
Sabdanya lagi:
رغم أنف من أدرك أبويه عند الكبر، أحدهما أو كلاهما، فلم يدخلاه الجنة
“Celaka (terhina) orang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang di antara keduanya pada umur tua, sedang mereka menyebabkannya tidak dapat masuk syorga.”
Maksudnya, ia tidak berbakti kepada mereka, sehingga perkara itu menghalangnya dari dapat masuk syorga. Dikhususkan kebaktianpada umur tua di sini, ialah karena biasanya kedua ibu bapa itu sangat mengharapkan bantuan dan pemeliharaan kepada anak-anaknya pada masa tersebut, agar mereka dapat dibela dan dipenuhi segala hajat dan keperluan pada ketika itu lebih banyak dari masa mereka masih muda. Wallahu-a’lam.
Ada suatu riwayat, bahwasanya Allah Ta’ala berkata:
من اصبح مرضيا لوالديه، مسخطا لي، فأنا عنه راض، ومن أصبح مرضيا لي، مسخطا لوالديه، فأنا عليه ساخط
“Siapa yang setiap hari meridhai kedua ibu bapanya, tapi memurkaiKu Aku ridha kepadanya. Dan siapa yang setiap hari meridhaiKu, tetapi memurkai kedua ibu bapanya, Aku murka terhadapnya.”
Sabdanya lagi:
بروا آباءكم يبركم أبناءكم وعفوا عن نساء الناس تعف نساءكم
“Berbaktilah kepada orang tua kamu (ibu bapa), niscaya anak anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatan isteri-isteri orang lain, niscaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka.”
Sekali peristiwa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memohon izin untuk berjihad. Lalu baginda bertanya kepadanya:
أحي والداك ؟ قال : نعم . قال : ففيهما فجاهد
“Adakah kedua ibu bapamu masih hidup? Jawabnya: Benar. Ujar baginda pula: Kepada keduanyalah seharusnya engkau berjihad. “
Dalam peristiwa yang lain, baginda Pernah disoal lagi:
ما حق الوالدين على ولدهما ؟ فقال : هما جنتك ونارك
“Apakah dia hak kedua ibu bapa yang wajib atas anaknya? Jawab baginda: Keduanya adalah sebab untuk engkau masuk syorga atau neraka.”
Dalam sabdanya yang lain berbunyi:
من سره أن يمد له في عمره، ويزاد له في رزقه، فليبر والديه، وليصل رحمه
“Sesiapa yang suka agar umurnya dilanjutkan Tuhan, rezekinya ditambah, maka hendaklah ia berbakti kepada kedua ibu bapanya, dan memperhubung silatur-rahim dengan keluarga.”
Sabdanya lagi:
ثلاث حرم الله تبارك وتعالى عليهم الجنة: مدمن الخمر، والعاق لوالديه، والديوث الذي يقر الخبث في أهله
“Tiga perkara diharamkan Allah Tabaraka Wa Ta’ala mencium bau syorga: Taik arak, penderhaka kepada kedua ibu bapa, dan lelaki dayus yang mengakuri perbuatan keji isterinya.”
Suatu riwayat mengatakan:
أن برالوالدين أفضل من الحج والعمرة، والجهاد في سبيل الله. وأن العاق لوالديه، لاينظر الله إليه يوم القيامة، وأنه لم يرح رائحة الجنة
“Bahwasanya berbakti kepada kedua ibu bapa itu adalah lebih utama dari amalan Haji dan Umrah dan berjihad fi sabilillah. Dan bahwasanya seorang yang menderhakai kedua ibu bapanya, Allah tiada ingin melihat kepadanya pada Hari Kiamat, dan bahwasanya ia tiada akan mencium bau syorga.”
Kesimpulannya, bahwa hak kedua ibu bapa adalah hak yang paling besar sesudah hak Allah dan hak RasulNya. Lantaran itu, hendaklah anda berbakti dan berbuat baik kepada keduanya, hendaklah anda mentaati mereka dan merendahkan dirimu terhadap keduanya, hendaklah anda mengutamakan keduanya dalam segala kebajikan, perhubungan dan kebaikan lebih dari dirimu dan anak isterimu sendiri, tanpa rasa berbudi atau berat, malah hendaklah mengira segala hajat dan keperluan keduanya serta segala kesukaan mereka di antara kebaktian dan khidmat wajib yang harus anda hulurkan kepada keduanya, kerana semua itu adalah sebesar-besar nikmat Allah Ta’ala dan taufiqNya yang Pernah dikumiakan kepadamu.
Berbakti kepada ibu lebih berganda pahala daripada berbakti kepada ayah
Ketahuilah, bahwasanya berbakti kepada ibu adalah lebih berganda pahalanya daripada berbakti kepada ayah. Begitulah maksudnya, sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah Hadis. Sebabnya mungkin karena ibu telah mengalami kepayahan mengandung dan kesusahannya, kemudian mengalami kesakitan melahirkan anak, menyusu dan membelanya hingga besar, dan seterusnya sentiasamemberikan perhatian yang lebih dengan penuh mesra, belas-kasihan dan kasih-sayang. Wallahu-a’lam.
Berkata seorang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :
من أحق الناس بحسن صحبتي ؟ أي ببري وصلتي. فقال له صلى لله عليه وسلم : أمك . قال : ثم من ؟ قال : أمك . قال ثم من ؟ أمك قال ثم من ؟ قال : أبوك
“Siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih-sayangku? Jawab Nabi: Ibumu. Sambung orang itu lagi: Kemudian siapa pula? Jawab Nabi: Ibumu. Ia bertanya lagi: Kemudian siapa pula? Jawab Nabi: Ibumu. Bertanya lagi: Kemudian siapa? Jawab Nabi: Ayahmu.”
Berbakti sesudah kedua ibu bapa meninggal dunia
Sebagaimana wajib seseorang itu berbakti kepada kedua ibu bapanya dalam masa hidup mereka, begitu pula wajib atasnya berbakti kepada keduanya sesudah mereka meninggal dunia. Caranya ialah dengan memohon doa dan istighfar sebanyak-banyaknya untuk mereka kedua, bersedekah, membayar semua hutang-piutang mereka, melaksanakan segala wasiat mereka, memperhubung silatur-rahim dengan sekalian keluarga, berbakti kepada kawan dan teman mereka serta orang-orang kesayangan mereka dan selain lagi semua itu adalah di antara kebaktian-kebaktian yang harus disempurnakan, sebagaimana yang ditunjuk oleh maksud beberapa Hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
Mendoakan orang yang sudah mati serta memohon istighfar dan keampunan bagi mereka, serta bersedekah bagi pihak mereka, adalah faedah dan manfaatnya besar sekali bagi orang-orang yang sudah mati. Maka sayogyanya hendaknya perkara-perkara serupa itu tiada dilalaikan oleh seseorang, terutama sekali terhadap kedua ibu bapanya, kemudian kepada kaum keluarga serta orang-orang yang telah berbudi terhadap diri kita, dan sesudah itu terhadap seumum kaum Muslimin.