Allah SWT Berfirman:
ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون
“Janganlah sampai kamu mati melainkan didalam keadaan Islam yang sebenarya.” (QS. Ali Imran: 102)
Ini adalah suatu perintah dari Allah Ta’ala terhadap hambaNya supaya mati di dalam Agama Islam. Sebab Agama Islam itu ialah agama yang diakui Allah sebagai agama yang benar di dalam kitab-Nya AI-Quran, dan bahwasanya Dia tiada akan menerima agama selainnya dari manusia, kerana Agama Islam itu adalah satu-satunya agama yang telah Dia ridhai bagi Rasul-Nya dan bagi para hamba-Nya dari kaum Mu’minin.
Firman Allah Ta’ala:
إن الدين عند الله الإسلام. (آل عمران: 19
“Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah, ialah AgamaIslam. (QS. Ali Imran: 19)
Firman-Nya yang lain pula:
ومن ينبغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين. (آلعمران:85)
“Barangsiapa yang menganut agama selain dari Islam, maka tidaklah akan diterima darinya, dan dia kelak di Hari Akhirat tergolong orang-orang yang dirugikan.” (QS. Ali Imran: 85)
Firman-Nya Jagi:
اليوم أكملت لكم دينكم, وأتممت عليكم نعمتي, ورضيت لكم الإسلام دينا. (المائدة: 3
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepada kamu nikmatKu, dan Aku ridha Islam menjadi agamamu. ” (AI-Maidah: 3)
Manusia memang tiada berkuasa untuk mematikan dirinya didalam Agama Islam, akan tetapi Allah telah meluangkan baginya jalan untuk itu. Sekiranya ia inginkan yang demikian, maka hendaklah ia menjalankan perintah yang diwajibkan ke atas dirinya serta menurut petunjuk Allah Ta’ala. Yang demikian itulah memilih mati didalam Islam, mencintainya, berharap dan berazam untuk mencapainya. Di samping itu hendaklah ia membenci mati di dalam kepercayaan selain kepercayaan Islam. Hendaklah ia terus-menerus berdoa, memohon dengan merendahkan diri dan meminta dari Allah Ta’ala agar Dia mewafatkannya sebagai seorang Muslim. Dengan itulah Allah mensifatkan para NabiNya dan orang-orang salihin dari hamba-hambaNya. Firman Allah memberitakan tentang diri Nabi Yusuf bin Ya’kub ‘alaihis-salam:
أنت ولي في الدنيا والآخرة, توفني مسلما وألحقني بالصالحين. (يوسف:101
“Engkaulah (Allah) pelindungku di dunia dan di akhirat. Wafatkanlahaku sebagai seorang Muslim dan kumpulkanlah aku bersamasamaorang-orang saleh.” (َQS.Yusuf. 101)
Begitu juga Allah telah memberitakan tentang para ahli sihir yang beriman denganNya, lalu Fir’aun pula mengancam mereka dengansiksaan:
ربنا أفرغ علينا صبرا, وتوفنا مسلمين. (الأعراف: 126
“Wahai Tuhan kami! Lapangkanlah dada kami dengan sifatsabar,dan wafatkanlah kami sebagai orang-orang Muslimin.” (QS. Al-A’raf: 126)
Kemudian Allah menceritakan pula tentang Nabi Ibrahim ‘alaihissalam,kemudian Nabi Ya’kub ‘alaihis-salam, yang masing-masing mereka telah mewasiatkan anak-cucunya supaya mati di dalamAgama Islam.
ووصى بها إبرهيم بنيه ويعقوب, يآبني إن الله اطفى لكم الدين, فلا تموتن إلا وأنتم مسلمون. (البقرة:132
“Dan telah berwasiat pula (Nabi) Ibrahim kepada anak-cucunya,dan juga (Nabi) Ya’kub: Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telahmemilih agama ini untuk kamu. Sebab itu janganlah sampai kamumati melainkan di dalam Agama Islam.” (QS. AI-Baqarah: 132) .