Allah telah berfirman:
ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير. (آل عمران: 104
“Adakan diantara kamu umat (kumpulan) yang mengajak kepada kebajikan.” (QS. Ali Imran: 104)
Maksud umat di sini ialah suatu jamaah atau kumpulan yang menjalankan tugas berdakwah kepada Allah SWT tegasnya ialah menyeru manusia kepada segala perkara kebaikan, misalnya menyeru kepada keimanan dan ketaatan. Orang yang menjalankan tugas dakwah kepada Allah Ta’ala itu akan menerima penghormatan yang tinggi di sisi Allah Ta’ala dan memperoleh jasa yang besar untuk mendekatkan diri kepadaNya.
Sabda Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wasallam:
من دعا إلى هدى, كان له من الأجر مثل أجور من تبعه, من غير أن ينقص من أجورهم شيء. ومن دعا إلى ضلالة, كان عليه من الإثم مثل آثام من تبعه, من غير أن ينقص من آيامهم شيء.
“Barangsiapa yang menyeru kepada kebajikan, maka baginya balasan yang sama (banyaknya) dengan ba/asan-balasan yang diberikan kepada sesiapa yang mengikutinya, tidak dikurangi balasan mereka ituwalau sedikit pun. Dan barangsiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka baginya dosa yang sama (banyaknya) dengan dosa–dosa yang dikenakan ke atas sesiapa yang mengikutinya, tidak dikurangi dosa mereka itu walau sedikit pun.”
Sabdanya lagi:
من دال على الخير كفاعله
“Orang yang menunjuk kepada kebajikan sama (mendapat pahala) seperti orang yang melakukannya.”
Oleh sebab itu, barangsiapa yang menjadikan dakwah kepada kebajikan itu sebagai tujuan dan tugas, maka sebenarnya ia telah menerima sebahagian besar dari pesaka Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wasallam Dan ia telah mengikuti jalan yang ditunjuk oleh Allah Ta’ala menurut ayat berikut:
قل هذه سبيلي أدعوا إلى الله على بصيرة, أنا ومن اتبعني . وسبحنك الله وما أنا من المشركين. (يوسف:108
“Katakanlah: lnilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu ke jalan Allah dengan pandangan yang terang. Maha Suci Allah, dan tiadalah aku tergolong orang-orang yang mempersekutukan Tuhan}.” (QS.Yusuf: 108)
Tugas Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wasallam pada semua waktunya, tiada lain, melainkan berdakwah ke jalan Allah SWT dengan kata dan amal, kerana baginda sebenarnya telah diutus dan dipenntahkan untuk melaksanakan tugas dakwah itu, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
قل إنما أمرت أن أعبد الله ولا أشرك به, إليه أدعوا وإليه مآب. (الرعد:36
“Aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah, dan tiada menyekutukanNya. KepadaNyalah aku menyeru (berdakwah) dan kepadaNya juga aku akan kembali (mati). ” (Qs.Ar-Ra’ad: 36)
Nyatalah kini bahwa orang yang amat dekat dan amat utama kepada Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wasallam di dunia dan di akhirat ialah orang yang menyibukan terhadap tugas dakwah ini. Begitu pula orang yang banyak bekerja kerana dakwah ke jalan Allah serta mendampingkan diri dengan sungguh-sungguh ke dalam kumpulan orang-orang yang berdakwah. Maksud saya, dakwah kepada kebajikan yang diartikan dengan keimanan dan ketaatan kepada Allah Ta’ala, serta mencegahlawannya yang dua lagi yaitu kufur dan maksiat.