Hendaklah anda tumpukan perhatian anda kepada hati dan batin anda. Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam telah bersabda:
إن الله لا ينظر إلى صوركم, وإنما ينظر إلى قلوبكم ونياتكم
“Sesungguhnya Allah tiada melihat kepada rupa kamu dan amalan kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kamu.”
Oleh sebab itu, hendaklah anda membenarkan ucapan anda dengan amalan, dan membenarkan amalan anda dengan niat serta ikhlas, dan membenarkan niat dan ikhlas pula dengan membersihkan batin dan meluruskan hati, kerana hati itu adalah asal dan puncak segala perkara.
Dalam sebuah Hadis, Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam bersabda:
ألا إن في الجسد مضغة, إذا صلحت صلح سائر الجسد, وإذا فسدت فسد سائر الجسد, الا وهي القلب
“Ketahuilah, bahwa dalam tubuh badan itu ada sepotong daging, kiranya ia elok, maka eloklah seluruh tubuh badan itu. Dan kiranya ia rusak, maka rusaklah seluruh tubuh badan pula. maka itu adalah hati.”
Lantaran itu wajib anda memperhatikan terhadap hati itu, serta tumpukanlah segala perhatian untuk memperbaiki dan meluruskannya. Sebab hati itu cepat sekali berbolak-balik dan selalu kacau-balau. Coba Iihat sabda RasuluIlah berikut:
إنه أسرع تقلب من القدر إذا استجمعت غليا نها.
“Sesungguhnya hati itu lebih cepat bolak-baliknya dari makanan yang sedang mendidih di dalam periuk. “
Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam sering berdo’a:
يا مقلب القلوب, ثبت قلبي على دينك.
“Wahai (Tuhan) yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.”
Sabdanya lagi:
إن القلوب بين إصبعين من أصابع الرحمن, إن شاء أقامها وإن شاء أزاغها
“Sesungguhnya hati ini terletak di antara dua jari dari jari-jari Tuhan. Jika Dia suka diluruskannya, dan jika Dia suka dibengkokkannya.”
Nabi sendiri ketika bersumpah dan setelah baginda berusaha dalam sumpahnya, sering berdoa:
لا, ومقلب القلوب
“Tidak, demi Tuhan yang membolak-balikkan hati.”
Allah berfirman menceritakan tentang Nabi Ibrahim alaihissalam.:
ولاتخزني يوم يبعثون. يوم لا ينفع مال ولا بنون. إلا من أتى الله بقلب سليم. (الشعراء:87-89
“Dan jangantah Engkau menghinakan aku pada hari kebangkitan. yaitu hari yang tiada berguna hartabenda dan anak-anak. Melainkan orang yang mendatangi Allah dengan hati yang bersih.” (Asy-Syu’ara’: 87-89)
Hendaklah anda berhati-hati dengan sungguh-sungguh, mudah mudahan Allah merahmati anda, agar anda menemui Allah Ta’ala kelak dalam keadaan hati yang bersih dari syirik dan nifaq, suci dari bid’ah dan akhlak yang terkeji, seperti menyombong diri dan riya’, seperti hasad dan tipudaya terhadap kaum Muslimin, dan sebagainya. Mintalah pertolongan dari Allah Ta’ala serta bersabar, berusaha
dan selalu memperhatikan terhadap perkara-perkara ini.
Juga jangan lupa ucapkan seberapa banyak doa ini:
ربنا لا تزغ قلوبنا, بعد إذ هديتنا, وهب لنا من لدنك رحمة, إنك أنت الوهاب. (آل عمران: 8
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau sesatkan hati kami, sesudah Engkau tunjuki kami Jalan yang benar, dan berilah kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau maha pemberi.” (QS. Ali Imran: 8)
Demikianlah Allah mensifatkan orang-orang yang teguh dan mendalam ilmunya dan hamba-hamba-Nya yang Mu’min.