Ketahuilah, bahwasanya sebagaimana para ahli-kitab dahulu telah berpecah-belah dan berselisih-faham dalam urusan agamanya, maka umat ini pula telah berpecah-belah dan berselisih-faham juga. Perkara ini telah diberitakan oleh Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam dalam sebuah sabdanya yang berikut:
افترقت اليهود على إحدى وسبعين فرقة, وافترفت النصارى على اثنتين وسبعين فرقة, وستفترق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة, كلها في النار إلا واحدة
“Kaum Yahudi telah berpecah-belah kepada tujuh puluh satu golongan, manakala kaum Nasrani juga telah berpecah-belah kepada tujuh puluh dua golongan Maka umatku pula akan berpecah-belah kepada tujuh puluh tiga golongan, semuanya di dalam neraka melainkan satu golongan saja.”
Sebenamya umat Islam ini telah berpecah-belah sejak dahulu, dan benarIah apa yang diberitakan oleh Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam yang bersifat As-Shadiq AI-Amin, kerana apa yang dikatakannya itu menepati wahyu Allah yang dituliskan di dalam AI-Quran AI-Karim. Pernah Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam ditanya oleh sahabat: Siapakah golongan yang terselamat dari neraka? Baginda Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam menjawab:
التي تكون علي مثل ماأنا عليه وأصحابى
“Mereka itu adalah golongan yang menuruti perjalananku dan perjalanan para sahabatku.”
Seterusnya baginda Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam berpesan pula: Apabila berlaku sesuatu perselisihan, maka hendaklah kamu senantiasa berpihak kepada kumpulan yang terbanyak dari kaum Muslimin.
Syukur Alhamdulillah, sejak dahulu sampai sekarang, para ahlissunnah wal-jamaah itulah yang merupakan kumpulan yang terbanyak dari kaum Muslimin. Tentulah tiada keraguan lagi, bahwa mereka itulah golongan yang akan terselamat yang menerima karunia Allah dan rahmatNya. Sebab mereka itu selalu berpegang-teguh dengan petunjuk AI-Quran dan petunjuk Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam Kemudian mereka senantiasa menurut ajaran yang dibawa oleh salaf saleh dari golongan para sahabat dan tabi’in, moga-moga Allah Ta’ala meridhai mereka sekalian.