Wajib atas setiap manusia berusaha untuk memelihara keislamannya dan menguatkannya dengan mengerjakan segala perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT Sebab orang yang melalaikan perintah-perintah Allah Ta’ala itu akan terdedah dirinya untuk mati didalam kepercayaan yang bukan Islam. Sesungguhnya melalaikan perintah Allah itu adalah bukti yang terang atas kelalaian dalam menunaikanhak-hak agama, dan mengambil enteng dengan perkaranya.Oleh yang demikian itu, maka setiap Muslim wajib berjaga-jaga supaya tidak terjerumus ke dalam kelalaian itu.Wajib atas setiap Muslim juga meninggalkan kejahatan dan meninggalkan pekerjaan dosa, kerana yang demikian itu akan melemahkan keislamannya dan meletakkannya ditempat yang rendah. Hal ini akan menggegarkan asas-asas keislaman seseorang dan menyebabkannya mudah tercabut ketika menghadapi maut, sebagaimana yang seringb erbuat atas kebanyakan manusia yang selalu mendedahkan dirinya dengan kejahatan dan dosa, serta tidak segan silu lagi melakukannya.(Mudah-mudahan Allah selamatkan kita daripadanya).
Firman Allah Ta’ala:
ثم كان عاقبة الذين أساؤا السوآىأن كذبوا بآيات الله , وكانوا بها يستهزءون. (الروم:10
“Kemudian dari itu, akibat orang-orang yang mengerjakankejahatan itu adalah kejahatan pula, kerana mereka mendustakanketerangan-keterangan Allah dan mereka selalu memperolok-olokkannya.” (QS. Ar-Rum: 10)
Ayat tersebut diatas menunjukkan kepada maksud ini, maka hendaklah anda perhatikannya baik-baik. Kemudian latihkanlah diri anda menjunjung segala perintah Allah Ta’ala, dan menjauhi segalalaranganNya. Andaikata anda telah terjerumus kedalam sesuatu dosa, hendaklah anda segera bertaubat kepada Allah dengan berjanji tidak akan kembali melakukan dosa yang sarna dilain kali.