Allah SWT berfirman:
ومن أصدق من الله حديث. (النساء:87
“Adakah yang lebih benar perkataannya dari Allah?” (An-Nisa’: 87)
FirmanNya lagi:
ومن أصدق من الله قيلا. (النساء:122
“Adakah yang lebih dipercayai perkataannya dari Allah?” (An-Nisa’: 122)
FirmanNya lagi:
يأيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته, ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون. واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا, واذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا, وكنتم على شفا حفرة من الناروأنقذكم منها, كذلك يبين الله لكم آياته لعلكم تهتدون. ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير, ويأمرون بالمعروف, وينهون عن المنكر, وأولئك هم المفلحون. ولا تكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد ماجاءهم البينات, وأولئك لهم عذاب عظيم. (آل عمران:102-105
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya taqwa, dan janganlah sampai kamu mati, melainkan didalam keadaan Islam yang sebenamya. Berpegang-teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah-belah. Ingatlah karunia Allah atasmu, ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu diperteguhkanNya hati kamu (dalam agama Allah), sehingga dengan karunia Allah itu, kamu menjadi bersaudara. Kamu dahulu berada ditepi lubang neraka, lalu diselamatkanNya kamu daripadanya. BegitulahAllah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu supaya kamu menuruti jalan yang benar. Adakanlah diantara kamu umat yang mengajak kepada kebajikan, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang dari membuat yang salah, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menjadi serupa dengan orang-orang yang telah berpecah-belah dan berselisih faham sesudah datang kepadanya bukti-bukti yang terang. Mereka itulah orang-orang yang akan memperoleh siksa yang dahsyat. “ (Ali Imran: 102-105)
Adapun firman Allah yang berikut:
يأيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah sesungguh taqwa.” (Ali Imran: 102)
Ini adalah suatu perintah dari Allah azzawajalla kepada hamba-hambaNya dari golongan kaum Mu’minin supaya bertaqwa, kerana Tuhan telah mengumpulkan di dalam sifat taqwa itu segala kebaikan dunia dan akhirat. Kemudian disuruh pula hamba-hambaNya dan golongan kaum Mu’minin itu supaya bertaqwa kepadaNya agar mereka boleh berjaya dan mencapai penghormatan yang telah di-sediakan di dalam sifat taqwa itu dan kebajikan dan kesempurnaan, juga kebahagiaan dan kemenangan, semata-mata sebagai rahmat
kepada hamba-hambaNya dan kaum Mu’minin, dan Allah maha berkasih sayang terhadap hamba-hambaNya yang Mu’minin itu.
Sedang taqwa itu pula merupakan wasiat utama dan Allah SWT untuk orang-orang yang terdahulu dan yang terkemudian.
Coba lihat firman Allah Ta’ala berikut:
ولقد وصينا الذين أوتوا الكتاب من قبلكم وإياكم أن اتقو الله. (ألنساء: 131)
“Dan Kami telah perintahkan kepada orang-orang yang diberikan Kitab sebelum kamu, dan juga kepada kamu. supaya bertaqwa (patuh) kepada Allah.” (An-Nisa’: 131)
Oleh sebab itu, maka tiada sesuatu kebaikan di dunia ataupun di akhirat, begitu juga kebaikan lahir mahupun batin, melainkan taqwalah yang menjadi perintis dan sebab yang menyampaikan kita kepadanya. Demikian pula sebaliknya, yaitu tiada sesuatu kejahatan di dunia ataupun di akhirat, juga kejahatan lahir mahupun batin, melainkan taqwalah yang bakal menjadi benteng yang kukuh dan benteng yang teguh untuk menyelamatkan kita daripadanya dan melepaskan kita dari bencananya.