Berkata Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad dalam kitab Nasoih Ad Diniyyah prihal Membaca Al Qur’an:
Perihal Membaca Al Qur’an
Ketahuilah, wahai saudara-saudara sekalian, moga-moga Allah Ta’ala menggolongkan kita ke dalam golongan orang-orang berminat membaca AI-Quran, golongan yang memelihara AI-Quran dan terpelihara pula oleh AI-Quran, golongan mendirikan hukum-hukum AI-Quran dan berdiri di samping hukum-hukum AI-Quran. Bahwasanya membaca AI-Quran Al-‘Azhim itu adalah di antara ibadat yang paling utama, mendekatkan diri kepada Allah dan ketaatan yang amat mulia di sisi Tuhan, kerana padanya terdapat balasan dan pahala yang besar.
Allah telah berfirman:
ان الذين يتلون كتب الله واقاموا الصلوة وانفقوا مما رزقنهم سرا وعلانية يرجون تجارة لن تبور(29) ليوفيهم اجورهم ويزيدهم من فضله انه غفور شكور(30) (فاطر : 29-30
“Sesungguhnya orang-orang yang membaca Kitab Allah, mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahasia dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi. Agar Tuhan mencukupkan pahala mereka serta menambahkan mereka dari kumiaNya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Pembelas. ” (Fathir: 29-30)
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
أفضل عبادة أمتي تلاوة القرآن .
“lbadat umatku yang amat utama ialah membaca AI-Quran.”
Sabdanya lagi:
من قرأ حرفا من كتاب الله كتبت له حسنة، والحسنة بعشر أمثالها. لا أقول الم حرف، بل الف حرف، ولام حرف، وميم حرف.
“Siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, dicatat baginya satu hasanah (kebajikan), dan setiap hasanah itu dilipat-ganda menjadi sepuluh seumpamanya. Aku tidak kata Alif-lam-mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”
Sabdanya lagi:
يقول الله تعالى : من شغله ذكري، وتلاوة كتابي عن مسألتي، أعطيته أفضل ما أعطي السائلين. وفضل كلام الله تعالى على سائر الكلام، كفضل الله على خلقه.
“Benfirman Allah Ta’ala: Siapa yang sibuk berzikir kepadaKu dan membaca KitabKu, sehingga tidak sempat memohon kepadaKu, niscaya akan Kuberikannya Pemberian yang utama yang pernah Kuberikan kepada orang-orang yang memohon. Keutamaan bicara Allah Ta’ala ke atas semua bicara yang lain, sama seperti keutamaan Allah Ta’ala ke atas makhlukNya.”
Sabdanya lagi:
اقرأوا القرآن، فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه.
“Bacalah AI-Quran, kelak di Hari Kiamat ia akan mensyafaatkan tuannya.”
Berkata Saiyidina Ali karramallahu-wajhah: Siapa yang membaca AI-Quran sedang ia berdiri di dalam sembahyang, maka baginya atas setiap huruf seratus kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia duduk di dalam sembahyang, maka baginya atas setiap huruf lima puluh kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia berada di luar sembahyang dalam keadaan bersuci, maka baginya atas setiap huruf dua puluh lima kebajikan. Dan siapa yang membacanya sedang ia berada dalam keadaan tiada bersuci, maka baginya atas setiap huruf sepuluh kebajikan.
Adab membaca Al-Quran
Ketahuilah, bagi orang yang membaca Al-Quran itu ada adab adabnya yang lahir dan batin. Seorang hamba tidak akan dihitung pembaca Al-Quran yang sebenarnya, sempurna bacaannya sehingga mendapat tempat di sisi Tuhan, melainkan terlebih dahulu ia harus beradab dengan adab-adab yang lahir dan batin. Orang yang mengabaikan adab-adab tersebut, tiada memelihara tata-tertibnya, belum boleh dihitung telah sempurna bacaannya, tetapi tidaklah sesia bacaannya itu, kerana ia akan peroleh pahala sekadarnya juga.
Di antara adab-adabnya yang terpenting dan dituntut, si pembaca Al-Quran itu harus bersifat ikhlas kepada Allah Ta’ala serta mengharapkan keridhaanNya, di samping mendekatkan diri kepadaNya dan mengharapkan pahala dari pembacaannya itu. Janganlah sampai ia membaca Al-Quran secara menunjuk-nunjuk, atau meniru-niru orang lain, atau untuk menghibur orang, atau mengharapkan sesuatu hadiah dan bayaran, kerana yang demikian itu adalah mata benda yang bakal binasa dan lenyap. Tetapi hendaklah seluruh batin dan hatinya penuh perasaan dengan kebesaran Zat Yang Berbicara iaitu Allah azzawajalla, merendahkan diri kerana kemaha-agunganNya, seluruh hati dan anggotanya penuh khusyu’, seolah-olah ia sedang berdiri di hadapan Allah membaca Kitab SuciNya yang menerangkan tentang perintah dan larangan. Adalah wajar bagi orang yang telah mengenal Al-Quran dan mengenal Pembicaranya bersifat dengan sifat-sifat yang tersebut di atas itu, ataupun lebih sempurna dari sifat-sifat yang tersebut. Betapa tidak, bukankah Allah SWT. telah berfirman:
لو انزلنا هذا القران على جبل لرايته خاشعا متصدعا من خشية الله وبلك الامثال نضربها للناس لعلهم يتفكرون (الحشر : 21
“Kalau AI-Quran ini, Kami turunkan ke atas sebuah gunung, niscaya engkau akan melihat gunung itu tunduk dan membelah kerana takut kepada Tuhan. Itulah perumpamaan yang Kami tunjukkan kepada manusia, moga-moga mereka memikirkan.”(Al-Hasyr: 21)
Jika gunung yang bersifat beku dan keras akan demikian jadinya, apabila diturunkan ke atasnya Al-Quran, maka bagaimana pula halnya manusia yang bersifat lemah dan yang dijadikan dari air dan tanah. Hanya yang menyebabkan manusia itu tidak sadar ialah kelalaian hati dan kekerasan, dan lantaran kurangnya pengenalan terhadap kebenaran Allah Ta’ala, kemaha-muliaan dan kemahaagunganNya.
Allah Ta’ala telah berfirman dalam mensifatkan para hambaNya yang khusyu’ ketika membaca AI-Quran, firmanNya:
ان الذين اوتوا العلم من قلبه غذا يتلى عليهم يخرون للاقان سجدا (107) ويقولون سبجان ربنا ان كان وعد ربنا لمفعولا (108) ويخرون للاذقان يبكون ويزيدهم خشوعا (الإسراء : 107-109)
“Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelum itu, apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, lalu mereka meniarap sujud dengan dahinya. Dan mereka Berkata: Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami itu pasti dipenuhi. Dan mereka meniarap dengan dahinya seraya menangis, dan Al-Quran itu menambah mereka khusyu’.” (AI-lsra’: 107-109)
Allah berfirman lagi:
الله نزل احسن الحديث كتابا متشابها مثاني تقشعر منه جلود الذين يخشون ربهم ثم تلين جلودهم وقلوبهم إلى ذكر الله.
(الزمر : 23)
‘Tuhan telah menurunkan sebaik-baik pembicaraan; iaitu Kitab (AI-Quran) yang isinya serupa dan berulang-ulang, menjadi seram kulit-kulit orang yang takutkan Tuhannya, kemudian menjadi lembut pula kulit-kulit dan hati mereka untuk mengingati Tuhan.” (Az-Zumar: 23)
Membesarkan Tuhan serta berlaku khusyu’ dan khudhu’ ketika membaca AI-Quran itu adalah dari sifat-sifat para Mu’minin yang Sebenarnya, para ahli yang arif dengan kemaha-agungan Allah Ta’ala, Tuhan Rabbil-‘alamin. Manakala sifat lalai, keras hati, senantiasa lupa dan kurang memerhatikan ketika membaca AI-Quran adalah dari sifat-sifat orang yang membelakangi AI-Quran, terkeliru, imannya lemah, keyakinannya hampir tidak ada, sedang hatinya kosong dan hakikat mengenal Allah dan mengenal Kalamullah. Mudah-mudahan Allah memelihara kita sekalian dari kelakuan tersebut, dan Dia melindungi kita sekalian dari semua jenis bala dan bahaya.
Di antara adab-adab yang terpenting dan yang mesti lagi, ialah ketika membaca AI-Quran harus ia merenungi apa yang dibacanya, memahami maksudnya dengan penuh kesedaran dan tidak lalai. Allah telah berfirman:
كتاب انزلنه إليك مبرك ليدبروا ايته وليتذكر اولوا الالباب (ص : 29
“Itulah Kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh keberkatan supaya mereka memperhatikan keterangan-keterangannya dan supaya orang-orang yang mengerti dapat memikirkan.” (Shad: 29).
Allah SWT juga telah berfirman ketika mengingkar setengah setengah kaum mencela mereka disebabkan kelalaian mereka terhadap AI-Quran, firmanNya:
افلا يتدبرون القرآن ام على قلوب اقفالها(محمد : 24
“Tidakkah mereka mahu memperhatikan isi Al-Quran, ataukah hati mereka terkunci. ” (Muhammad: 24).
Berkata Saiyidina Ali r.a.: Tidak ada gunanya membaca tanpa memperhatikan maknanya.
Memang Benar apa yang dikatakan oleh Saiyidina Ali r.a. itu, kerana AI-Quran itu diturunkan kepada manusia untuk diperhatikan maksudnya, dan hanya dengan memperhatikannya sajalah, baru dapat difahami dan ditangkap tujuannya, dan dapat sampai kepada pengetahuan yang terkandung di dalam setiap ayat supaya mudah diamalkan pula kelak. Inilah tujuan utama diturunkan AI-Quran dan perutusan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada manusia.
Lantaran itu maka hendaklah anda berhati-hati merenung dan memahami makna-makna ayat Al-Quran, ketika anda membacanya. Sedikit yang anda baca dengan merenung dan memahami maksud maksudnya adalah lebih baik dari membaca banyak tanpa merenung dan memahaminya.
Berkata setengah para salaf rahmatullahi-‘alaihim: Jika aku membaca Idza Zulzilat dan Al-Qari’ah dengan merenung dan memahami makna-maknanya adalah lebih aku sukai daripada membaca semua AI-Quran tanpa memahami apa-apa pun. Setengah mereka pernah ditanya tentang dua orang yang membaca AI-Quran. Yang satu membaca surah AI-Baqarah saja, dan yang satu lagi: membaca surah AI-Baqarah dan surah Ali Imran. Kedua-duanya bermula bersama dan selesai pun bersama pada waktu yang sama, mana di antara keduanya yang lebih utama. Jawab mereka: Yang membaca surah AI-Baqarah saja yang lebih utama.
Jelaslah kini pada kita, bahwa yang membaca surah AI-Baqarah saja itu yang lebih utama daripada yang membaca surah AI-Baqarah dan surah Ali Imran, kerana yang pertama ketika membacanya ikut merenung dan memperelok, sebab itulah ia mengambil masa hampir dua kali ganda dari yang kedua yang tentu sekali membacanya dengan cepat dan tanpa renungan.
Sekarang fahamlah kita bahwa merenung dan memahami makna-makna AI-Quran itulah menjadi maksud utama dari membaca A1-Quran. Itulah yang patut dituju dan dikira ketika membaca AI Quran AI-Karim, maka jagalah perkara ini sebaik-baiknya, moga moga Allah merahmati anda.
Berkata AI-Hasan AI-Bishri rahimahullah: Orang-orang yang terdahulu dari kamu menganggap bahwa lembaran-Iembaran AI Quran itu sebagai surat-surat yang dikirim Allah kepada mereka, maka mereka pun cuba menelitinya di waktu malam supaya mereka dapat menjalankan perintahnya di waktu siang kelak.
Apabila seseorang hamba itu meluas pengetahuannya dan pengenalannya kepada Allah SWT, maka semakin mendalamlah renungannya terhadap ayat-ayat AI-Quran, dan semakin kukuhlah fahamannya. Sebab itulah para arif dan para ulama mempunyai berbagai- bagai pengertian tentang ayat-ayat AI-Quran, dan semakin luas fahaman mereka dalam mengertikan AI-Quran.
Berkata Abu Zar r.a. : Sekali peristiwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bangun malam untuk bersembahyang bersama-sama kita disebabkan ayat yang berikut ini, firman Allah Ta’ala:
إن تعذبهم فانهم عبادك وان تغفر لهم فانك نت العزيز الحكيم (المائدة : 118
“Kiranya Engkau menyiksa mereka itu, maka mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Kuasa dan Bijaksana.” (AI-Maidah: 118)
Saiyidina Umar ra. sering membaca ayat ini di waktu sembahyang malam, dan oleh kerana amat merenungkan maksudnya sehingga adakalanya beliau tersungkur disebabkan terlalu takut dan khusyu’. Adakalanya sampai beliau jatuh sakit sehingga ramai orang datang menziarahinya.
Tamim Ad-Dari pula sering mengulang-ulangkan ayat berikut di dalam sembahyang malam hingga ke pagi yaitu firmanNya:
ام حست الذين اجترحوا السيات ان نجعلهم كالذين امنوا وعملوا الصاحت سواء محياهم ومماتهم ساء ما يحكمون (الجاثية : 21)
“Apakah orang-orang yang membuat kesalahan itu mengira, bahwa mereka akan Kami samakan dengan orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik yaitu sama dalam kehidupan dan kematian mereka. Amat buruk putusan yang mereka adakan itu.” (Al-Jatsiyah: 21)
Said bin Jubair rahimahullah bangun malam bersembahyang sambil mengulang-ulang ayat berikut:
ومتازوا اليوم ايها المجرمون (يس : 59
“Bersisihlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa.” (Yasin: 59)
Selain yang tersebut ini, terdapat banyak lagi peristiwa-peristiwa yang serupa berlaku pada para salaf saleh juga.
Seringkali pula perasaan takut dan hiba menguasai diri mereka ketika sedang membaca AI-Quran, sebab pengenalan mereka terhadap Allah S.W.T. amat mendalam, dan fahaman serta penelitian mereka terhadap makna-maknanya amat meluas sekali, sehingga ada setengah mereka jatuh pingsan ketika membaca AI-Quran atau ketika mendengarnya. Ada setengah mereka sampai mati. Cerita-cerita seumpama ini memang telah masyhur di sekitar mereka, moga-moga Tuhan mencucurkan rahmatnya ke atas roh-roh mereka, dan diberinya kita manfaat dengan berkat mereka.
Apabila anda membaca AI-Quran, maka hendaklah anda teliti, fahamkan dan renungkan tiap-tiap ayat AI-Quran. Perhatikan setiap ayat yang mengandungi perintah-perintah Allah Ta’ala, atau larangan laranganNya, janji-janjiNya dan ancaman-ancamanNya. Sesudah itu hendaklah anda perhatikan dirimu pula, adakah telah patuh dengan perintah itu dan telah menjauhi larangannya pula? Adakah anda percaya dan yakin dengan janji Tuhan serta ancamanNya? Jika memang ada, maka segeralah memuji Tuhan dan mensyukuriNya, kerana yang demikian itu berlaku dengan taufiq dan pertolonganNya.
Oleh itu hendaklah anda selalu rajin dan bergiat, dan jangan sekali kali anda cuai dan lalai. Tetapi, jika anda mendapati dirimu tidak patuh dengan perintah Tuhan, dan tidak menjauhi laranganNya, tidak kukuh keyakinanmu dengan janji Tuhan serta ancamanNya, maka segeralah hendaknya anda memohon keampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya dari kelalaianmu. Sesudah itu, hendaklah anda berazam untuk mematuhi perintahNya serta menjauhi laranganNya, dan cuba hidupkan perasaan yakin dengan janji Allah dan ancamanNya sekuat yang mungkin.
Demikian pula, jika anda sedang membaca ayat-ayat AI-Quran mengenai Tauhid (mengesakan Tuhan) dan mensucikanNya, ataupun ayat-ayat yang menyebut sifat-sifatNya yang mulia dan nama nama-Nya yang baik (asmaul-husna), hendaklah berhenti sejenak untuk memperhatikan apa-apa yang terkandung di dalamnya dari pada makna-maknanya yang besar dan kemuliaan serta kesempurnaanNya yang tinggi, agar anda merasakan keesaan, kesucian, kebesaran dan kemuliaan Allah Ta’ala dalam batinmu.
Jika anda membaca ayat-ayat yang menyebut tentang sifat-sifat para Mu’minin dan para salihin dari hamba-hamba Allah Ta’ala, di mana diterangkan sekaligus akhlak-akhlak mereka yang terpuji, maka hendaklah anda meneliti dan memerhatikannya dengan penuh minat, seraya bercita-cita untuk bensifat dan berkelakuan seumpama itu.
Jika anda membaca ayat-ayat yang menyebut tentang musuh-musuh Allah dari kaum kafir dan munafiq, di mana diterangkan pula sifat-sifat dan kelakuan mereka yang buruk, maka hendaklah anda meneliti dan memerhatikan dirimu, apakah anda sendiri sama berperangai seumpama itu, agar anda merasa insaf, lalu mengikis dirimu dari sifat-sifat yang buruk itu, serta terus-menerus bentaubat kepada Allah Ta’ala, supaya Dia tidak murka lalu menurunkan azab dan siksaNya ke atasmu seperti yang diturunkan ke atas kaum-kaum yang tersebut.
Demikianlah seterusnya, hendaklah anda meneliti dan memerhatikan tiap-tiap ayat AI-Quran menurut keadaannya yang menasabah, kerana ayat-ayat AI-Quran itu banyak mempunyai berbagai-bagai cabang dan bahagian, di antaranya ayat-ayat yang mengandungi ilmu pengetahuan yang luas yang tidak ada had dan batasannya.
Allah SWT telah berfirman:
ما فرطنا فى الكتاب من شيئ ثم غلى ربهم يحشرون (الأنعام : 38
“Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Kitab (AI-Quran).”
(AI-An’am: 38)
FirmanNya lagi:
ونزلنا عليك الكتاب تبيانا لكل شيء وهدى رحمة وبشرى للمسلمين
(النحل : 89)
“Dan Kami turunkan Kitab (AI-Quran) kepadamu adalah sebagai penjelasan bagi setiap sesuatu.” (An-Nahl: 89)
Di dalam sebuah Hadis tertera:
إن لكل آية ظهرا وبطنا وحدا ومطلعا.
“Bahwasanya bagi setiap ayat AI-Quran itu ada maknanya yang lahir dan maknanya yang batin, ada yang terbatas dan ada yang luas.”