Berkata Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad dalam kitab Nasoih Ad Diniyyah prihal kewajiban berzakat Fitrah:
Zakat fitrah
Zakat fitrah itu wajib dikeluarkan pada setiap bulan Ramadhan atas semua kaum Muslimin yang berkuasa, tidak kira kecil atau besar, merdeka atau hamba. Sesiapa yang wajib atasnya nafkah, wajib pula atasnya fitrah.
Anggaran fitrah yang wajib ialah 4 mud menurut mud Nabi ‘alaihis-shalatu was-salam dari korma, gandum, jagung dan gandum yang berkulit, ataupun dari makanan yang biasa yang dimakan oleh orang ramai sehari-hari menurut pilihan masing-masing.
Mengeluarkan zakat fitrah itu mestilah dari jenis makanan yang dimakan oleh si pengeluar zakat fitrah itu sendiri, ataupun dari jenis yang lebih baik dari itu, jika boleh itulah yang leblh baik dan utama.
Sebenarnya syarat wajib mengeluarkan zakat fitrah itu memang sedikit memberatkan, yang mana kebanyakan orang ramai tidak memahami dengan betul, lalu mereka tidak mahu mengeluarkan zakatnya. Mereka menganggap diri mereka tidak mampu, padahal mereka sememangnya mampu. Para ulama rahimahumullah menetapkan: Semua barang-barang yang tidak perlu hendaklah dijual untuk membayar zakat fitrah, kecuali makanan semalam hari raya dan seharinya, dan apa yang perlu dari pakaian dan tempat tinggal dan seumpamanya. Jelaslah itu suatu perkara yang memang berat, akan tetapi syariat telah menentukannya. Lantaran itu hendaklah setiap muslim mengambil berat, jangan sampai meninggalkan pengeluaran zakat fitrah itu, sedangkan ia mampu mengeluarkannya.
Menyerahkan zakat kepada pemerintah
Apabila pemerintah yang adil menuntut diserahkan zakat kepadanya, maka wajiblah kita menyerahkan zakat itu, dan gugurlah tanggungan kita sebaik-baik kita menyerahkannya. Sesudah itu ia menjadi urusan pemerintah untuk membahagi-bahagikannya.
Demikian pula hukumnya, jika pemerintah itu tidak adil, ia tetap wajib menyerahkannya juga untuk memelihara perpaduan dan menjauhi fitnah. Kemudian jika pemerintah itu membahagi-bahagikannya kepada sesiapa yang berhak menurut asnaf-asnaf yang lapan, sebagaimana yang ditentukan oleh Allah Ta’ala, niscaya ia akan menerima pahala yang besar dari Tuhan , begitu pula orang yang menyerahkan zakat tadi. Akan tetapi jika pemerintah itu tidak membahagikannya menurut perintah Allah Ta’ala, sebagaimana yang ditentukan orang-orangnya di dalam AI-Qur’an, maka ia akan berdosa besar, dan telah melakukan suatu penganiayaan yang berat, terhadap orang-orang kaya kerana ia telah meletakkan zakat mereka bukan pada tempatnya. Begitu pula ia telah melakukan penganiayaan yang sama terhadap orang-orang miskin, kerana telah meraih hak mereka dari zakat yang telah ditentukan Allah di dalam harta orang kaya dari hamba-hambaNya tadi.
Dan hanyasanya Allah SWT. telah mewajibkan zakat itu untuk menjadi penyuci bagi si kaya, dan sara hidup dan bantuan untuk si miskin. Barangsiapa melakukan sesuatu berlawanan dari yang telah ditentukan itu, maka sebenarnya ia telah melakukan suatu penipuan yang dosanya, amat besar.
Apabila zakat itu diambil secara paksa oleh pemerintah yang zalim, lalu dibayarkannya bukan pada tempatnya yang betul. Kemudian orang yang membayar zakat tadi rela untuk mengeluarkan zakat yang lain kepada orang-orang yang berhak, maka perbuatan itu adalah sangat dianjurkan dan lebih utama, tetapi tidak wajib.
Andai kata si pengeluar zakat tadi berkuasa untuk menahan zakatnya dari diambil oleh pemerintah yang zalim, maka hal itu adalah harus, tetapi dengan syarat perbuatannya itu tidak akan menimbulkan sesuatu fitnah, atau menjerumuskannya ke dalam maksiat terhadap Allah Ta’ala, seperti berdusta yang nyata atau bersumpah yang palsu, atau seumpamanya. Hendaklah niatnya ketika menahan zakat itu dari pemerintah yang zalim kerana menyelamatkannya dari dosa, kiranya ia memberikan zakat itu kepada tempat-tempat yang salah. Juga hendaklah ia meniatkan untuk menolong para fakir dan miskin supaya memelihara agama mereka masing-masing, kelak apabila mereka menerima zakat yang ditentukan Allah bagi mereka dari harta orang kaya itu. Wabillahit-taufiq.
###
Untuk pembahasan tentang hukum zakat fitrah secara terperinci maka dapat dikaji dari kitab Mutiara yang indah dalam fiqih zakat fitrah.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu…
Alhamdulillah…saya senang dengan kehadiran Website resmi Al-Fachriyah. Semoga Dengan adanya website ini membawa kebaikan bagi para Netter/pengguna internet diseluruh mancanegara. Oh,iya…Afwan, bolehkah saya men-share artikel yg terpublish disini ? *tentu ana men-share dengan tidak merubah isi artikel/konten Asli yg ada di website ini.
Terimasih,Wassalamu’alaikum Wr. Wb..
Waalaikum salam.. Alhamdulillah itulah yang paling kami harapkan.. Memberikan manfaat sebesar2nya untuk umat nabi Muhammad SAW.. Silahkan untuk berbagi artikel ini dan menyebarkannya.. Mudah2an allah menulis pahala besar untuk antum