Berkata Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad dalam kitab Nasoih Ad Diniyyah prihal persaudaraan karena Allah, cinta dan benci karena Allah:
Berbakti kepada teman dan kawan
Adapun berbakti kepada teman dan kawan, maka perkara itu juga sangat dituntut dan dianjurkan, dan hukumnya sunnah dalam kaca mata agama. Rakan dan teman mempunyai beberapa hak yang harus dijaga dan dipelihara, sesuai dengan firman Allah Ta’ala:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا (النساء : 36)
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, dan kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.” (An-Nisa: 36)
Sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam :
مامن صاحب يصحب صاحبا ولو ساعة من نهار, إلا سئل عن صحبته يوم القيامة, هل أقام فيها حق الله أو أضاعه
“Setiap kawan yang bersahabat dengan kawan yang lain walaupun sekejap masa sekalipun, melainkan ia akan ditanya tentang persahabatannya di Hari Kiamat, apakah ia telah menunaikan hak persahabatan itu dengan baik, atau ia telah mensia-siakan.”
Sabdanya Lagi:
خير الأصحاب , خير هم لصاحبه , وخير هم لجاره
“Sebaik-baik kawan ialah kawan yang berbakti kepada kawannya. Dan sebaik-baik jiran ialah jiran yang berbuat baik kepada jirannya. “
Sabdanya lagi:
ما تحاب اثنان إلا كان أحبهما إلى الله أشدهما حبا لصاحبه
“Tiada dua orang yang saling mencintai satu sama lain, melainkan orang yang lebih dicintai Allah ialah siapa yang lebih mencintai kawannya.”
Dalam riwayat yang lain, ialah siapa yang lebih berbelas-kasihan terhadap kawannya.
Mencintai Allah dan kerana Allah
Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus-ikhlas dalam berkasih-sayang, dan selagi ia dihalalkan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.
Sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah Hadis Qudsi:
قال الله تعالى : وجبت محبتي للمتحابين في , والمتجالسين في , والمتزورين في , والمتباذلين في
“Allah telah berfirman: Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang saling sayang-menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang yang kunjung-mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong-menolong keranaKu.”
Sabdanya Lagi dalam sebuah Hadis Qudsi yang lain:
يقول الله تعالى يوم القيامة : أين المتحابون بجلالى , اليوم أظلهم في ظلمي يوم لاظل إلا ظلي
“Berfirman Allah Ta’ala di Hari Kiamat: Mana dia orang-orang yang bercinta-cintaan kerana keagunganKu. Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu; iaitu hari yang tiada naungan selain naunganKu.”
Sabdanya lagi:
من سره أن يجد حلاوة الإيمان , فليحب المرء لايحب إلا الله
“Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.”
Dalam sebuah sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam tersebut : Tujuh orang yang akan dinaungi Allah di bawah naunganNya, pada hari tiada naungan selain naunganNya. Baginda telah menyebut satu persatu orang-orang itu, sehingga katanya:
رجلان تحابا في الله, اجتمعا على ذلك , وتفرقا عليه
“Dan dua orang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah. ”
Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan bermesra dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta’ala.
Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia boleh mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.
Ataupun jika ia- mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya; ataupun barang kali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia boleh hidup senang-lenang, maka cinta serupa itu apalah cinta tabi’i, cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata, dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dati kebaikan mudah-mudahan.
Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu boleh menemaninya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasiq dan munkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan semacam itu adalah persahabatan yang dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat, malah kadangkala belum sempat tiba di akhirat, di dunia dahulu sudah menjadi porak-peranda.
Firman Allah Ta’ala:
الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ (67))الزخروف : 67
“Sahabat-sahabat pada han itu, satu sama lain bermusuh-musuhan, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (Az-Zukhruf: 67)
Jangan berkawan selain orang yang saleh
Wahai saudara, awas dan ingatlah jangan sekali-kali mencintai dan bersahabat selain orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta’ala, orang-orang yang berilmu dan berzuhud di dunia dari pada hamba-hamba Allah yang saleh, dan para pecintaNya yang Mu’minin. Sebab seseorang itu bersama-sama dengan orang yang dicintainya di dunia dan di akhirat, demikian seperti mana yang tersebut di dalam sebuah Hadis sahih:
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:
المرء مع جليسه, والمرء على دين خليله, فلينظر أحدكم من يخالل
“Seseorang itu (dipandang) dengan siapa yang duduk bersamanya, dan seseorang itu (diukur) dengan siapa yang berjalan dengannya, oleh itu hendaklah anda memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan.”
Sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam lagi:
والجليس الصالح خير من الوحدة ؟ والوحدة خير من الجليس السوء
“Duduk dengan orang saleh lebih baik dari duduk sendirian, dan duduk sendirian lebih baik dari duduk bersama-sama kawan yang jahat.”
Nyatalah, bahwasanya persahabatan dan duduk bersama-sama orang-orang yang bertaqwa dan saleh dikira sebagai suatu pendekatan diri kepada Allah Ta’ala, dan itulah yang disebut persahabatan yang dipuji dan di syukuri. Dalam persahabatan ini, terdapat banyak Hadis dan atsar yang menggalak dan menganjurkannya; iaitulah persahabatan yang menimbulkan kecintaan kepada Allah dan kerana Allah, yang telah disediakan baginya pahala yang besar dan kelebihan-kelebihan yang banyak, yang dipandang tinggi derajat dan kedudukannya dalam agama.
Adapun persahabatan dengan orang-orang yang jahat, dan orang-orang yang tiada faedah persahabatannya di antara orang-orang lalai dan membelakangi perintah-perintah Tuhan, dan tidak mengendahkan janji tentang Hari Akhirat; itulah persahabatan yang dicela dan yang dikutuk, kerana orang-orang yang suka melakukan bencana dan kerosakan itu memang dituntut untuk membencinya kerana Allah. Sebab itulah wajib kita menjauhkan diri dan menyingkirkan mereka, dan yang demikian itu dikira salah satu perintah yang penting di dalam agama. Sesiapa yang mencintai orang-orang yang saleh perilakunya, yang telah mendasarkan seluruh amal dan baktinya di atas taqwa kepada Allah, sedang cintanya itu pula dalam jalan Allah dan semata-mata kerana Allah, niscaya tiada mustahil ia akan membenci pula orang-orang yang suka bermaksiat dan selalu membelakangkan perintah-perintah Allah, yang segala perilakunya kontra kepada yang pertama tadi Sebab cinta kerana Allah dan benci kerana Allah adalah dua gejala yang tidak akan terpisah antara satu dengan yang lain, tidak mungkin yang satu saja ada tanpa yang lain. Sebab kedua-duanya mesti bersekedudukan, erat-mengerat di tempat yang tinggi sekali darjatnya di sisi agama.
Sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam :
أوثق عري الإيمان : الحب في الله , والبغض في الله
“Seteguh-teguh pegangan iman, ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah. “
Sabdanya yang lain:
أفضل الأعمال : الحب في الله , والبغض في الله
“Seutama-utama amalan ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah. “
Sabdanya yang lain:
وهل الدين إلا الحب في الله , والبغض في الله
Hanyasanya agama itu ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah. “
Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi lsa ‘alaihis-salam:
لو عبدتني بعبادة أهل السماء وأهل الأرض , وحب في ليس , وبغض في ليس و ما نفعك ذلك عندي
“Seandainya engkau beribadat kepadaKu selengkapnya ibadat penghuni langit dan penghuni bumi, sedang cinta keranaKu tidak ada, dan benci keranaKu pun tidak ada, niscaya tiada berguna semua ibadat itu kepadaKu.”
Berkata Nabi lsa ‘alaihis-salam pula:
تحببوا إلى الله ببغض أهل المعاصي , وتقربوا إلى الله بالبغض عنهم , واطلبوا رضا الله تعالى بسختهم
“Cintailah Tuhan dengan membenci orang-orang yang melakukan maksiat, dan dekatkanlah dirimu kepada Tuhan dengan menjauhkan diri dari orang-orang yang berdosa itu, serta pohonlah keridhaan Allah Ta’ala dengan mengutuk mereka itu.”
Berkata AI-Hasan AI-Bishri rahimahullah Ta’ala: Memutuskan perhubungan dengan orang fasiq adalah suatu pendekatan diri kepada Allah.
Kini jelaslah kepada kita, bahwa sangat perlu malah wajib atas setiap Mu’min mencintai orang-orang yang suka membuat kebajikan, orang-orang yang patuh kepada perintah agama, orang-orang yang berilmu, dan orang-orang yang lurus perjalanannya semasa mereka hidup dan sesudah mati. Di samping itu hendaklah ia membenci pula orang-orang yang suka membuat kemunkaran, orang-orang yang melanggar perintah agama, orang-orang yang zalim dan fasiq semasa mereka hidup dan sesudah mati.
Seterusnya, wajib atas setiap Mu’min memilih persahabatan dengan orang-orang baik dan orang-orang yang suka berbakti, serta menjauhkan diri dari orang-orang yang jahat dan orang-orang yang suka melanggar perintah dan larangan agama.
Tersebut di dalam sebuah Hadis:
لاتصحب إلا مؤمنا , ولا يأكل طعامك إلا تقي
“Jangan anda bersahabat kecuali seorang Mu’min, dan jangan anda membiarkan makanan anda dimakan kecuali seorang yang bertaqwa.”
Sesiapa yang tiada mendapati seorang Mu’min bertaqwa, seorang saleh yang berbakti untuk dijadikan kawan atau sahabat yang dapat bercampur-gaul dengannya, maka menyingkir diri atau tinggal seorang diri adalah lebih utama baginya, dan lebih patut dibuat dari pada bercampur-gaul dengan orang-orang yang jahat, dan yang sifatnya suka merosak. Sebab sesungguhnya berkawan dan bercampur-gaul dengan orang-orang yang suka merosak bahayanya besar sekali, dan bencananya banyak pula, di samping timbulnya kecelakaan dan bala’ yang besar yang akan menimpa kita secara sepontan atau secara beransur-ansur. Di antaranya berjangkitnya tabiat orang itu ke dalam tabiat kita secara tidak sedar dan tiada disengajakan. Di antaranya lagi ialah merasa senang dan seronok bercampur-gaul dengan orang-orang yang lalai dan yang membelakangi taat kepada Allah, serta merasakan hati. Cenderung terhadap keadaan mereka, sehingga lama-kelamaan jiwa mudah tersungkur ke dalam maksiat, dan tertarik untuk meniru-niru segala apa yang mereka lakukan dengan memandang apa yang mereka buat dan apa yang mereka kata itu baik semata.
Dalam hal ini, berkata seorang penyair:
فكل قرين بالمقارن يقتضدي |
عن المرء لاتسئل وسل عن فرينه | |
Jangan terburu mengukur orang, Ukurlah dahulu teman sejawatnya
|
||
Sifatnya akan menjadi terang, Bila dilihat teman bersamanya |
* Penyair lain pula bermadah:
منها ولكن السليمة تجرب |
ما يبرىء الجرباء قرب سليمة | |
Si pesakit kurap mana boleh baik dengan berdamping dengan orang yang sehat
|
||
Tetapi yang segar-bugar boleh dijangkiti kurap pesakit bila sering duduk berdekat |
Dengan jalan ini anda akan faham betapa banyaknya faedah apabila anda bercampur-gaul dengan orang-orang yang baik, dan orang-orang yang lurus perjalanannya. sama ada faedah dan manfaat itu dapat dikesan secara sepontan, mahupun pada masa yang akan datang.
Telah bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam :
مثل الجليس الصالح كمثل صاحب المسك : إما أن يحذيك , أى يعطيك , وإما أن تبتاع منه . وإما أن تجد منه رائحة طيبة. ومثل الجليس السوء كنافخ الكير: إما أن يحرق ثيابك , وإما أن تجد منه وائحة منتنة.
“Perumpamaan teman yang saleh, laksana penjual minyak wangi. Sama ada ia akan memberi anda sedikit, atau anda akan membeli dari padanya sedikit, ataupun anda sekurang-kurangnya boleh dapat mencium bau wangi. Dan perumpamaan teman yang jelek, laksana tukang besi peniup api. Sama ada ia akan membakar baju anda, ataupun anda akan mencium bau busuk daripadanya.”
Sekiranya berlaku, seseorang itu berkawan dengan seorang yang baik perilakunya, selalu membuat ketaatan kepada Allah tetapi dengan tidak semena-mena tabiatnya berubah pula sehingga ia menjadi lalai dan tercebur ke dalam maksiat, maka apakah yang patut anda berbuat terhadapnya?
Jawabnya, hendaklah anda menasihati teman itu dengan lemah-lembut dan cara yang baik, sehingga anda boleh mengembalikannya ke jalan Allah. Jika la sadar baguslah. Jika tidak, maka hendaklah anda mengingatkannya tentang kesalahan-kesalahannya itu serta takutkannya dengan balasan Allah. Jika ia serik dan kembali menjadi baik semula seperti sediakala, maka kembalilah anda berkawan dengannya. Jika tidak, maka tidak ada gunanya berkawan dengan orang yang jahat, yang tidak akan mendatangkan kebaikan dari berkawan dengannya.
Kiranya ada yang berkata, bahwa yang dituntut dari setiap manusia ialah melahirkan benci terhadap orang-orang yang sering melakukan maksiat dan menjauhi diri dari mereka, serta tidak berkawan dan bercampur-gaul dengan mereka. Dalam pada itu, kita ditugaskan supaya menasihati kaum Muslimin seumumnya, serta mengajak orang-orang yang jahat dan orang-orang yang sering berbuat maksiat kepada kebaikan dan taat kepada Allah Ta’ala?
Jawabku, memang yang demikianlah yang dituntut, akan tetapi nasihat dan mengajak kepada kebaikan tidak perlu dengan berkawan dan bercampur-gaul. Malah, jika anda menemui kumpulan orang-orang serupa ini, serta anda yakin bahwa mereka itu boleh menerima nasihat dan mahu diajak untuk menerima kebaikan, maka bolehlah anda, melaksanakan apa yang dituntut dari anda itu. Ataupun anda boleh juga mendapatkan mereka ke tempat-tempat perkumpulan mereka, atau di rumah-rumah mereka, tanpa berkawan atau bercampur- gaul dengan mereka, dengan syarat anda memang berkeahlian dalam hal memberi nasihat dan petunjuk ajar, maka yang demikian itu juga memang dituntut. Hendaklah anda faham benarbenar tentang soal ini, dan jangan pula anda sampai dikelirukan oleh syaitan tentang masalah ini, kerana cara yang dikehendaki adalah terang, dan yang benar tidak harus tercampur-aduk lagi dengan yang batil.
Cara memilih teman yang baik
Kemudian ketahuilah, bahwasanya jika anda ingin memilih persahabatan seseorang, atau mahu mengambilnya sebagai kawan untuk duduk bersama-sama dan beramah-mesra dengannya, serta mengharapkannya untuk membantu anda dalam urusan dunia dan akhirat, hendaklah terlebih dahulu anda memberikan sepenuh perhatian kepadanya dan meneliti peribadinya serta memeriksa hal dan keadaannya sebelum anda membuat langkah untuk menjadikannya teman sejawat Kiranya anda dapati ia memang sesuai untuk dijadikan teman, maka ambillah ia sebagai teman. Jika tidak sesuai tinggalkanlah saja. Sebab bukan semua orang sesuai untuk dijadikan teman dan sahabat yang boleh anda bercampur-gaul dan beramah mesra dengannya. Betapa banyak sahabat dan teman yang tidak diteliti dan diperiksa terlebih dahulu, tiba-tiba menjadi penghalang atau musuh dalam masa yang paling singkat sekali.
Peribadi teman yang saleh
Telah berkata Hujjatul-Islam, Imam Ghazali rahimahullah: Jika anda ingin memilih sahabat, hendaklah anda periksa lima perkara berikut:
1) Akal fikiran.
2) Baik berbudi pekerti.
3) Lurus perjalanan.
4) Tidak terlampau menggantungkan diri kepada
dunia semata-mata.
5) Tidak bercakap dusta.
Demikianlah petikan saya dan bicara Imam Ghazali secara ringkas, dan rasanya itu memang sudah cukup dan memadai.
Setelah mengambil seseorang sebagai sahabat dan teman, dan· sesudah terjalin antara anda dengannya perasaan kasih-sayang dan ramah-mesra, maka ketika itu ada pula beberapa hak dan kewajiban yang tidak boleh tidak anda mesti melaksanakan. Kalau tidak tentulah persahabatan itu akan menjadi sesia tidak berfaedah sama sekali.
Hak dan kewajiban terhadap teman
Hak dan kewajiban persahabatan ada banyak, di antaranya:
(1) Hendaklah anda mengharapkan sesuatu yang baik baginya, sebagaimana anda mengharapkan bagi dirimu sendiri. Anda membenci sesuatu yang tidak baik baginya sebagaimana anda membencinya bagi dirimu.
(2) Hendaklah anda meletakkan dirinya di tempatmu dalam mengambil berat tentang urusannya, mengumpul kemanfaatannya, menunaikan segala keperluannya, serta bergirang ketika ia gembira dan bermuram ketika ia merasa sedih.
(3) Hendaklah anda berusaha untuk menimbulkan kegembiraan di dalam hatinya dengan apa cara sekalipun.
(4) Hendaklah anda memelihara namanya di waktu ia hadir atau ghaib (tidak hadir), dan di waktu ia masih hidup mahupun sudah mati.
(5) Hendaklah anda berbakti kepada anak-isterinya serta kaum kerabatnya setelah ia meninggal dunia dan di waktu hayatnya juga.
(6) Hendaklah anda membantunya dengan tenaga dan harta ketika dalam keperluan. Kiranya anda boleh mengutamakan dirinya atas diri sendiri, adalah lebih baik dan afdhal.
Demikianlah antara lain hak dan kewajiban persahabatan yang harus diperhatikan, yang mana para salaf saleh sentiasa mengamalkan. Mereka telah mempraktikkan kelakuan dan perbuatan ini bersama- sama dengan orang-orang yang mereka berteman dan bercampur-gaul dengannya, sehingga beritanya terkenal di mana-mana. Ada kalanya seseorang di antara mereka telah datang ke rumah temannya, sedang teman itu tiada di rumah. Maka ia pun makan dan minum atau mengambil sesuatu yang diperlunya dari rumah itu tanpa meminta izin terlebih dahulu dari tuan rumah. Demikian pula temannya itu akan melakukan perkara yang sama apabila ia datang ke rumahnya kelak.
Pernah ditanya salah seorang di antara mereka: Mana yang lebih anda kasihi, saudaramu atau temanmu? Jawabnya: Aku tetap mengasihi saudaraku, jika ia menjadi temanku.
Setengah mereka telah bertanya pula kepada setengah yang lain tentang teman-teman mereka yang datang menziarahi mereka: Apakah salah seorang kamu pernah memasukkan tangannya ke dalam kantung temannya untuk mengambil apa saja yang dihajatkannya dari kantung itu? Jawabnya: Tidak pernah. Maka ujar mereka itu: Kalau begitu, kamu sekalian bukanlah saudara sejati.
Di antara kelakuan para salaf saleh lagi, ialah mereka sentiasa mengambil berat dan mengurus segala keperluan anak-isteri temannya, setelah teman itu meninggal dunia, sehingga mereka itu tiada merasakan sesuatu pun yang kurang, kecuali batang tubuh ayah mereka saja.
Cerita-cerita seperti yang tersebut di atas tadi memang ada banyak dan sudah terkenal tetapi malangnya perkara serupa itu sudah ditinggalkan oleh manusia, dan tidak diamalkan lagi sejak beberapa zaman yang lampau. Kini tiada terdapat lagi persahabatan dari persaudaraan kerana Allah Ta’ala, melainkan nama dan gambaran semata-mata, yang tidak meninggalkan bekas sama sekali. Imam Ghazali telah menghuraikan syarat-syarat, hak dan kewajiban serta adab-tertib persahabatan dengan menditel di dalam Kitab-kitabnya yang berjudul Ihya’ Ulumiddin dan Bidayatul-Hidayah.
Kesimpulannya: Setiap hak dan kewajiban yang pasti anda laksanakan terhadap kaum Muslimin, sama ada wajib atau sunnat, maka adalah dituntut anda melaksanakan terhadap teman dan sahabat, malah melakukan yang tersebut terhadap mereka adalah lebih utama dan lebih afdhal dan pahalanya pun besar.