Janji Allah SWT Bagi Orang Yang Bertakwa
Di antaranya lagi ialah: Janji akan memasukkan ke dalam surga.
Firman Allah Ta’ala:
تلك الجنة التي نورث من عبادنا من كان تقيا : مريم:63
“ltulah surga yang hendak Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang bertaqwa (yang memelihara diri dari kejahatan).” (QS. Maryam: 63)
FirmanNya lagi:
مثل الجنة التي وعد المتقون: محمد:15
“Perumpamaan surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa ….. ” (QS. Muhammad: 15)
FirmanNya lagi:
وأزلفت الجنة للمتقين : الشعراء: 90
“Dan surga itu didekatkan kepada orang-orang yang bertaqwa.” (QS. Asy-Syu’ara’: 90)
FirmanNya lagi:
إن للمتقين عند ربهم جنات النعيم : القلم: 34
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu akan memperoleh surga (Jannatun-Na’im) dari Tuhan mereka.” (QS. `1`AI-Qalam: 34)
FirmanNya lagi:
إن المتقين في جنات ونهر. في مقعد صدق عند مليك مقتدر : القمر: 54-55
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada di dalam taman dan (diiringi) sungai. Dalam majlis kebenaran di sisi Raja yang Maha Kuasa. ” (QS.AI-Qamar: 54-55)
Di antaranya lagi ialah: Mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Firman Allah Ta’ala:
إن أكرمكم عند الله أتقكم : الحجرات:13
“Sesungguhnya orang yang amat mulia di antara kamu dalam pandangan Tuhan ialah orang yang lebih bertaqwa.” (QS. AI-Hujurat: 13)
Allah telah menjanjikan kemuliaan di sisiNya dengan taqwa, bukan dengan sebab keturunan, bukan dengan sebab harta kekayaan dan bukan dengan sebab-sebab yang lain. Bukankah dengan taqwa itu, Allah dan RasulNya telah menjanjikan berbagai-bagai kebaikan dan kebahagiaan, derajat dan kebajikan, kesempurnaan dan kemenangan, harta kekayaan dan keuntungan. Semua itu agak terlalu panjang jika mau diceritakan, dan terlalu sukar jika mahu dihitung.
Dalam kontek ini, perhatikan syair berikut:
من يتق الله فذاك الذي * سيق إليه المتجر الرابح
Siapa yang bertaqwa kepada Allah
Mendapat keuntungan berlimpah-ruah.
Madah yang lain pula berbunyi:
من عرف الله فلم تغنه * معرفة الله فذاك الشقي
ماضرذاالطاعة ماناله * في طاعةالله وماذالقي
مايصنع العبدبعزالغنى* والعزكل العزللمتقي
Mengenal Tuhan tetapi membelakangiNya
Bukankah itu celaka namanya
Segala bencana dalam mentaati Tuhan
Takkan membahayakan jika dapat ditahan
Kaya di dunia bukanlah kemuliaan
Kemuliaan hakiki mentaqwakan Tuhan