Ketahuilah, sesungguhnya sifat lemah-Iembut dan belas-kasihandengan menjauhi kekasaran dan kekerasan adalah jalan utama untukmenarik orang ramai kepada jalan yang benar dan patuh akan perintahAllah Ta’ala. Hendaklah anda bersifat demikian terhadap orang-orang yang anda menyuruh atau melarang serta memberikan nasihat dati kaum Muslimin. Anda harus bijak dalam seruanmu, bicara kepada orang itu sendirian dengan lemah-Iembut sekadar yang terdaya seraya merendahkan diri tanda belas-kasihan, kerana sifat belas-kasihan itu, jika ada pada sesuatu perkara niscaya ia akan mendatangkan kebaikan. Dan apabila ia dicabut dari suatu perkara, niscaya ia akan mendatangkan keburukan. Demikianlah maksud dari sebuah Hadits Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wasallam.
Allah berfirman:
فبما رحمة من الله لنت لهم, ولو كنت فظا غليظ القلب لا نفضوا من حولك. (آل عمران:159
“Oleh kerana rahmat Tuhan, maka engkau (ya Muhammad) bersifat lemah-lembut terhadap mereka. Andaikata engkau bersifat kasar dan berhati bengis, niscaya mereka akan lari dari sisimu. “ (QS. Ali Imran: 159)
Dilarang Berpecah-belah Dan Selisih-faham
Firman Allah Ta’ala:
ولا تكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد ما جاءهم البينات, وأولئك لهم عذاب عظيم.
(آل عمران: 105)
“Dan janganlah kamu menyerupai dengan orang-orang yang telah berpecah-belah dan berselisih, setelah datang kepadanya bukti bukti yang yata. Mereka itu akan mendapat azab yang besar.” (Ali Imran: 105)
Ini adalah suatu larangan dari Allah Ta’ala menegah hamba hambaNya yang Mu’minin danpada menyerupai kelakuan orang orang yang berpecah-belah dan berselisih-faham dalam urusan agama dari kaum ahlil-kitab; yaitu kaum Yahudi dan Nasrani. Mereka itu, sambung ayat tersebut, akan mendapat azab yang besar.
Gambarkanlah betapa pedihnya azab dan siksa Tuhan, yang ia sendiri telah mensifatkannya sebagai azab dan sengsara yang besar itu. Renungkanlah serta carilah jalan yang boleh menyelamatkan anda dari pada azab dan sengsara tersebut, moga-moga Allah Ta’ala berikan rahmatNya atasmu. yaitu tiada lain kecuali dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wasallam. Menjauhkan diri dari perkara yang menyesatkan dan perbuatan bid’ah. Memelihara diri dari pendapat-pendapat yang bakal membawa. kepada perpecahan umat, dan perselisihan antara kaum Muslimin.