SEBAB-SEBAB YANG MENYEBABKAN ULAMA BERBEDA PENDAPAT
Yang menyebabkan adanya perbedaan pendapat diantara para ulama:
1. Adanya kata dalam bahasa Arab yang mempunyai arti lebih dari satu اللفظ المشتركseperti kata إلىberarti حتى(batas) dan berarti مع(dengan).
Contoh firman Allah SWT surat Al-Maidah ayat 6 :
يأيها الذين ءامنوا إذا قمتم إلى الصلوة فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى المرافق وامسحوا برؤسكم وأرجلكم إلى الكعبين
Artinya :
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki. ”
Menurut Imam Syafii yang memahami kata إلي berarti مع dengan, maka membasuh siku dalam berwudhu wajib.
Menurut Imam Abu Hanifah yang memahami إلى berarti حتى batas, maka siku tidak wajib dibasuh dalam wudhu
2. Ada hadis yang sampai kepada seorang alim tapi tidak sampai kepada orang lain.
Imam Syafii menerima hadis tentang Qunut Subuh yang dibaca Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam sampai meninggal dunia dalam kitab فتح البارى juz . الجزء الثانىhal. 489 hadis no. 1001
(1001) سئل أنس أقنت النبي صلى الله عليه وسلم في الصبح قال نعم فيقول له : أو قنت قبل الركوع ؟ قال بعد الركوع يسيرا
Ditanya Sahabat Anas: Adakah Nabi Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam membaca Qunut dalam solat subuh? Dia menjawab, benar. Kemudian dia ditanya, Rasulullah membaca Qunut sebelum ruku ’? Dia menjawab setelah ruku’ dalam waktu yang sebentar.
Dalam Kitab نصب الراية 2/121
قال أيس بن مالك ما زال رسول الله صلى الله عليه وسلم يقنت في الخجر حتى فارق الدنيا وكان عمر يقنت في الصبح بمحضر من الصحابة وغيرهم (رواه أحمد وعبد الرازق والدار قطني)
Berkata Sahabat Anas bin Malik Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam selalu membaca qunut dalam solat subuh sampai meninggal dunia dan Sayidina Umar berqunut subuh dihadapan para sahabat dan lain-lain.
Berdasarkan hadis-hadis di atas ini Imam Syafii berpendapat qunut sunnah muakkadah dalam solat subuh.
Imam Abu Hanifah tidak mensunahkan qunut pada solat shubuh, tapi mensunahkan qunut dalam sholat witir
3. Ada hadis yang sahih bagi seorang alim tapi tidak shahih bagi yang lain ditinjau dari segi sanad dan matan hadis tersebut.
Dalam kitab بلوغ المرام hadist no.64:
وعن عائشة رضي الله عنها : أن النبي صلى الله عليه وسلم قبل بعض نساءه ثم خرج إلى الصلاة ولم يتوضأ (أخرجه أحمد وضعفه البخاري)
Dari Aisyah r.a. : Bahwasanya Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa sallam mencium salah seorang isterinya kemudian beliau keluar untuk solat dan tidak berwudhu.
Menurut Imam Syafii menyentuh perempuan batal wudhunya hadis tersebut daif.
Menurut Imam Abu Hanifah menyentuh perempuan tidak batal wudhunya hadist tersebut shohih.
Diperkuat juga dalam pemahaman firman Allah SWT surah Al-Maidah ayat 6:
أو لمستم النساء
Imam Syafi’i berpendapat أو لمستم النساء menyentuhperempuan, maka menyentuh batal wudhu’nya.
Imam Abu Hanifah berpendapat أو لمستم النساء bererti bersetubuh maka menyentuh perempuan tidak membatalkan wudhu.
4. Sebahagian ulama ada yang memakai qiyas (akal) sebahagian yang lain tidak.
Ulama mewajibkan qodlo solat orang yang meninggal dunia diqiyaskan kepada qodlo puasa.
Yang tidak mahu qiyas tentu tidak wajib qodlo.